Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi meluahkan rasa syukur apabila muncul sebagai salah seorang pemenang dalam perlawanan tinju All Star Championship 2025 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, baru-baru ini.

Menurut Fareez, rezeki kemenangan itu ialah hasil kerja keras dan latihan intensif selama hampir dua bulan.

“Pada hari itu, saya memang datang untuk menang. Saya berlatih dua kali ganda untuk pertarungan akhir tersebut. Saya buat banyak perkara yang saya tak pernah buat sebelum ini.

“Sebagai contoh, saya skipping selama 30 minit tanpa henti dan berlari enam kilometer bersama tayar. Itu yang membuatkan saya rasa lebih yakin untuk menang.

“Untuk pertarungan ini, saya ambil masa selama dua bulan untuk berlatih. Alhamdulillah, ada rezeki di situ,” katanya kepada MH.

Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi itu berkata demikian ketika ditemui di acara malam kemuncak All Star Influencers Award (ASIA) 2025, baru-baru ini.

Fareez menambah, wang kemenangan itu akan digunakan untuk mengadakan majlis akikah buat kedua-dua anaknya.

Ads

“Perancangannya saya nak selesaikan perkara wajib dahulu seperti majlis akikah untuk kedua-dua anak saya,” kongsinya ringkas.

“Saya Berlatih Dua Kali Ganda…,” – Rezeki RM50,000 Hasil Bertinju, Fareez Fauzi Mahu Anjur Majlis Akikah Untuk Dua Anak “Saya Berlatih Dua Kali Ganda…,” – Rezeki RM50,000 Hasil Bertinju, Fareez Fauzi Mahu Anjur Majlis Akikah Untuk Dua Anak “Saya Berlatih Dua Kali Ganda…,” – Rezeki RM50,000 Hasil Bertinju, Fareez Fauzi Mahu Anjur Majlis Akikah Untuk Dua Anak “Saya Berlatih Dua Kali Ganda…,” – Rezeki RM50,000 Hasil Bertinju, Fareez Fauzi Mahu Anjur Majlis Akikah Untuk Dua Anak

Impian Berlakon Filem Aksi

Dalam pada itu, Fareez turut memaklumkan dia tidak menolak untuk menyertai mana-mana pertarungan pada masa akan datang sekiranya tawaran yang diterima berbaloi.

“Insyaa-Allah jika risikonya berbaloi dengan bayaran yang bakal saya terima, mungkin saya akan terima tawaran-tawaran itu,” ujarnya.

Mengulas mengenai sokongan keluarga, Fareez mengakui ibunya agak risau apabila dia memutuskan untuk bertinju.

Ads

“Ibu saya pada mulanya tak sokong pun saya sertai pertarungan ini. Walaupun dia tidak terlalu menyokong namun, ibu tetap menitipkan doa.

“Setiap kali sebelum perlawanan, saya akan mesej dan hubungi ibu saya. Manakala isteri pula sokong sahaja keputusan saya ini. Namun, dia juga ada perasaan takut juga. Pada saya, itu normal,” katanya lagi.

Fareez turut berharap agar pencapaiannya dalam arena tinju ini dapat membuka peluang untuknya beraksi di layar perak.

“Ini juga salah satu strategi saya. Saya berusaha bina badan dan naikkan stamina.

Ads

“Mana tahu satu hari nanti para penerbit boleh nampak bakat saya untuk ambil saya berlakon di dalam filem aksi. Memang impian saya untuk berlakon filem aksi,” kongsinya lagi.

Rezeki Para Pemenang

Pada majlis sama, selebriti dan pempengaruh dari Vietnam, Cindy atau Huỳnh Thị Diễm Mi, dinobatkan sebagai pemenang utama All Star Influencer Award (ASIA) 2025, menewaskan lebih 80 pempengaruh dari 20 negara.

Cindy membawa pulang hadiah bernilai 15,000 USD (RM63,690), trofi eksklusif dan pakej percutian mewah ke Dubai.

Di tempat kedua pula, pencipta kandungan Indonesia, Sheren Nat, membawa pulang 5,000 USD (RM21,120) bersama tiket penerbangan ke Dubai, manakala tempat ketiga dimenangi pempengaruh Kemboja, Rainne Dara, yang menerima 3,000 USD (RM12,672) dan tiket penerbangan sama.

Acara berprestij itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia, serta penaja utama Tune Talk dan Sunway Resort Hotel.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads