Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi satu potongan video pendek yang merakamkan aksinya yang mengalunkan qasidah.
Berkongsi rakaman tersebut di Instagram, penyanyi Anta Permana ini turut akui masih baru belajar dan memohon maaf andai ia kedengaran sumbang atau ada kesilapan dalam alunannya itu.
“Alhamdullillah…suka saya dapat bersama di majlis Maulud.. Saya baru belajar , kalau sumbang & salah ,maafkan saya.. Qasidah Qamarun kesukaan saya,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji alunan merdu dari Siti. Malah ada di antara mereka yang tidak puas mendengar alunan tersebut kerana ia dirakam pendek.
Ads
Ads
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Issey Fazlisham mengumumkan bakal menamatkan zaman duda dengan wanita yang juga kenalan lamanya pada 22 Disember depan.
Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, seperti yang dipetik mStar menjelaskan, dia dan bakal isteri, Noor Aimi Jamel sudah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Insya-Allah saya akan melangsungkan majlis akad nikah di Kota Bharu, Kelantan pada hari Ahad, 22 Disember ini.
“Saya dah lama kenal dengan bakal isteri sejak sekolah dan sudah merancang lama untuk berkahwin dan ini masa paling sesuai untuk saya tamatkan zaman duda.
“Dia seorang ibu tunggal mempunyai tiga orang anak dan kematian suami dua tahun lepas kerana kemalangan, apabila tengok kawan-kawan ada anak bini, saya pun rasa nak jugalah ada keluarga dan hari ini saya umumkan tentang perkara itu,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Issey yang sudah tiga tahun menduda pernah membuat mendedahan dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.
Terdahulu, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun keduanya mengambil keputusan untuk pada 21 Ogos 2016.
Malah, e-kad jemputan majlis pernikahan bintang radio berusia 32 tahun itu juga sudah pun dikongsikan bersama pihak media. Tahniah buat Issey!
Foto: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Al-Fatihah Ayah. I will always love you.” Itu antara status yang dikongsi Intan Najihah iaitu puteri tunggal kepada Allahyarham Datuk Nassier Wahab, 57, yang dikongsi selepas pemergian bapanya, kira-kira jam 12.45 tengah malam Khamis.
Intan Najihah meluahkan rasa rindu menerusi laman Twitter awal hari ini.
“Ayah, tenanglah di sana, rehatlah selama-lamanya. Cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ini. Suatu masa nanti kita akan bertemu lagi. Ijah sayang ayah,” tulisnya lagi menerusi satu Tweet lain.
Intan Najihah merupakan puteri tunggal hasil perkongsian hidup Allahyarham dengan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56.
ayah, tenang la disana…. rehat la selama lamanya….. cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ni 😔 suatu masa nanti kita akan bertemu lagi ❤ jiah sayang ayah https://t.co/8nsETbHRim
Selesai membuat persembahan lakonan menerusi lagu Anak yang dipersembahkan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) iaitu One Nation Emcess (ONE), pelakon Fauziah Nawi dan cucunya, Thia nyata menjentik emosi penonton.
Fauziah atau mesra disapa Ibu Fauziah turut berbangga dengan Lia yang merupakan anak kepada Allahyarham Mohd Firdaus Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif di atas bakat lakonannya di pentas GV minggu kelapan, malam tadi.
“Bismillahirrahmanirrahiim. Sejak 26.10.19 hingga hari ini 2.12.19 mama tak pernah sehari pun tidak menghitong hari sejak buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mihd Hanif belayar kepelabuhan jauh.
“Pitt I was with your ateh ateh little dragon Thia as actors for #GEGARVAGANZA. Thia did well for a first timer. She took the cue well. Remember her lines. She was well behaved. She slept in the car …OTW ..home. Your nyawa Mhia kept company. Thia all the best.
“I know you can do it…kept assuring her little sister. Pitt mama rasa seronok sbb yr nyawa nyawa well behaved. Thia was happy …so was Mhia..Dhia went out with her friends…Pitt rasa tak percaya mama harus menyebut Khususan Ila ruhii Almarhum Mohd Firdaus ketika mendoakan membaca Yasiin Al fateha buat buah hati mama,” kongsi Fauziah di Instagramnya.
Sekali gus, persembahan ONE dan lakonan Fauziah Nawi, Thia yang turut menampilkan pelakon, Ezzaty Abdullah mendapat pujian dari juri jemputan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
“So good dan beruntung dengan bantuan sketsa yang dipersembahkan, menambahkan lagi ekspresi yang diperlukan.
“Tak perlu tambah lagi, ia akan keluar secara natural. Saya merasakan walaupun penyanyi yang biasa rap, tapi malam ni saya rasa sampai suaranya,” katanya yang diundang sebagai juri jemputan.
Terdahulu, mayat Pitt ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama rakan, terbalik dan terbelah dua ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada 26 Oktober lalu.
Malah, bot fiber yang dinaiki dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Pitt dan rakannya tercampak ke dalam sungai.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mayat Pitt 500 meter dari lokasinya terjatuh.
Jenazah Pitt dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Keramat dua hari kemudiannya.
Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.
Foto : Instagram Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Erysha Emyra mengakui dirinya sudah lali apabila sering digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan rakan pelakon setiap kali mereka digandingkan dalam sesebuah naskhah.