Ads

“Saya Banyak Sebut Nama Mereka Dalam Doa, Lihat Foto Dan Video Waktu Kecil,” – Aliff Aziz Ulas Soal Anak-Anak

Setelah hampir dua tahun tidak bertemu, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui amat merindukan anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna hasil perkahwinan terdahulu bersama Bella Astillah.

Namun begitu, Aliff memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana menganggap isu berkaitan anak-anak sebagai perkara sensitif.

Malah dia juga bimbang sekiranya kenyataan yang dibuat akan disalah tafsir.

“Saya Banyak Sebut Nama Mereka Dalam Doa, Lihat Foto Dan Video Waktu Kecil,” – Aliff Aziz Ulas Soal Anak-Anak

“Ketika ini, jika ada perkara yang saya boleh jawab, sudah tentu saya akan kongsikan. Namun, ada juga perkara yang saya rasakan tak sesuai untuk dikongsikan mengikut masa dan suasana.

“Saya tak mahu jika saya tersalah cakap nanti, ia akan menimbulkan isu lain pula. Orang lain memang bebas untuk bertanya. Namun, untuk hal berkaitan peribadi, biarlah saya simpan sendiri dahulu.

“Saya tak mahu perkara ini berterusan menjadi bahan cerita. Pada bulan yang baik ini, saya nak fokus pada perkara positif sahaja,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran platform penstriman, iQIYI di Andaman Grand Ballroom, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Aliff, dia kini sedang berusaha mendapatkan keizinan untuk bertemu anak-anaknya melalui saluran yang betul.

Ads

“Saya Banyak Sebut Nama Mereka Dalam Doa, Lihat Foto Dan Video Waktu Kecil,” – Aliff Aziz Ulas Soal Anak-Anak

“Sudah tentu saya merindukan anak-anak saya. Sekadar itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Mungkin ada yang bertanya kenapa saya tak berusaha?

“Sebenarnya, ketika ini, saya sedang mencuba dengan menggunakan jalan yang terbaik. Saya mohon anda semua dapat mendoakan yang terbaik.

“Mengikut keadaan sekarang, ramai yang sedang bercakap hal ini. Hal berkaitan anak ini sangat sensitif.

“Saya tak nak usaha terbaik yang sedang kita jalankan ketika ini, menjadi tidak baik hanya kerana saya menjawab pertanyaan mengikut nafsu,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Aliff turut menyatakan dia lebih selesa menyimpan perasaan berkaitan anak-anak buat masa ini daripada berkongsi secara terbuka.

Ads

“Saya Banyak Sebut Nama Mereka Dalam Doa, Lihat Foto Dan Video Waktu Kecil,” – Aliff Aziz Ulas Soal Anak-Anak

“Biarlah saya simpan dahulu sehingga saya dapat berjumpa dan bercakap dengan mereka sendiri secara bersemuka. Biarlah ia menjadi pesanan daripada seorang ayah buat anak-anaknya,” ujarnya lagi.

Gembira Lihat Anak Bahagia

Ditanya bagaimana dia melepaskan rasa rindu, Aliff memaklumkan dia banyak berdoa serta mengikuti perkembangan anak-anaknya di media sosial.

“Saya Banyak Sebut Nama Mereka Dalam Doa, Lihat Foto Dan Video Waktu Kecil,” – Aliff Aziz Ulas Soal Anak-Anak

“Saya banyak menyebut nama mereka di dalam doa. Malah, saya juga selalu melihat video dan foto-foto mereka sewaktu kecil.

Ads

“Saya juga dapat melihat aktiviti Ara dan Ayden di platform media sosial mereka. Saya rasa sangat gembira melihat progress mereka. Mereka membesar dengan baik dan sihat,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Aliff turut meluahkan rasa syukur apabila melihat anak-anaknya bahagia dan mesra bersama bakal suami Bella, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Alhamdulillah, saya rasa mereka kini berada di dalam persekitaran yang sangat baik. Saya sentiasa mendoakan agar suasananya kekal begitu.

“Saya tak pernah lupa untuk mendoakan mereka. Sebagai bapa, melihat mereka gembira, saya juga ikut gembira.

“Apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan terus doakan yang terbaik. Usaha saya sebagai bapa, saya akan terus perbaiki dan uruskan sebaik mungkin,” akhirinya.

Sebagai rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk, namun berpisah buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Doakan Moga Mereka…,” – Aliff Aziz Tumpang Gembira Ikatan Pertunangan...

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, mengakui turut berasa gembira atas pertunangan bekas isterinya, Bella Astillah, bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
error: Hello. Cannot.