“Saya Bagi Cadangan ‘Kentut’, Nabil Kata Boleh Ke?,” – Ayda Jebat Ulas Tajuk Lagu ‘Kentoot’, Bukan Bawa Makna Tak Sopan, Hanya Gambaran Hubungan Toksik
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menafikan dakwaan dirinya sengaja mencipta sensasi apabila memilih nama ‘Kentoot’ sebagai judul lagu terbaharunya.
Menurut Ayda, dia sebenarnya tidak mengetahui bahawa perkataan ‘Kentoot’ itu membawa maksud yang berbeza, sebaliknya memilih tajuk tersebut semata-mata untuk mencari kelainan dan menarik perhatian pendengar.
“Sebenarnya tajuk lagu ini lain daripada tajuk asal. Namun, bila kita kaji semula, kita nak pilih satu tajuk lagu yang rare dan catchy. Jadi, kami pun fikir, selain daripada toksik, apa lagi tajuk yang sesuai?
“Saya bagi cadangan ‘kentut’. Nabil kata boleh ke? Jadi, kita ubah jadi ‘Kentoot’. Namun, kalau perkataan itu membawa maksud yang berbeza dalam loghat atau bahasa lain, itu saya tidak tahu,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single Kentoot, baru-baru ini.
Ads
Ayda bagaimanapun memohon maaf sekiranya tajuk lagu tersebut menimbulkan kekeliruan kepada segelintir pihak.
“Pada saya, jangan ambil tajuk ini secara serius. Lagu ini sebenarnya berkisarkan tentang hubungan toksik. Ia tiada membawa maksud lain seperti mana yang segelintir pihak fikirkan.
Ads
“Kalau rasa kurang sesuai, saya minta maaf,” ulasnya lagi.
‘Kentoot’ Ada Pelbagai Maksud
Sementara itu, suami kepada Ayda iaitu Nabil Mahir menyifatkan orang luar bebas untuk membuat interpretasi terhadap tajuk lagu tersebut mengikut pemahaman masing-masing.
Ads
“Saya mengambil tanggungjawab penuh sebagai individu yang menetapkan tajuk lagu ini. ‘Kentoot’ boleh membawa maksud yang pelbagai. Secara teknikal, ‘toot’ itu membawa maksud ‘bleep’.
“Anda boleh tentukan sendiri maksud di sebalik suku kata ‘ken’ itu. Sebab itu kami pilih ‘Kentoot’ berbanding ‘Kentut’,” kongsinya.
Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang dilihat seakan menegur Ayda kerana memilih ‘Kentoot’ sebagai tajuk bagi single terbaharunya.
Menurut individu tersebut, ‘Kentoot’ didakwa membawa maksud yang kurang sopan sekiranya diterjemahkan dalam beberapa loghat daerah di Sabah dan Indonesia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zizan Nin tidak terkesan dengan sebarang kritikan dan tomahan segelintir pihak yang dikatakan terkejut dengan penampilan terkininya selepas muncul di sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, penampilannya itu sejajar dengan usia dan tiada apa yang perlu dipertikaikan.
Namun begitu, dia mengakui terkilan apabila orang ramai lebih memberikan tumpuan terhadap fizikalnya berbanding input yang disampaikan.
“Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding info yang saya kongsikan dalam podcast.
“Respond saya begini, I age gracefully. Sejajar dengan usia,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tanda Putera itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Kongsi Zizan lagi, dia kini lebih mengutamakan kesihatan yang baik berbanding hal-hal lain.
“Kita semakin meningkat usia. Bukan selamanya muda.
“Semoga terus sihat dipanjangkan usia dan jadi warganegara yang berguna,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Zizan agar mengabaikan komen-komen negatif selain turut menzahirkan rasa rindu untuk melihat pelakon tersebut kembali ke kaca tv.
Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan netizen;
“Jalan terus bro. Jangan layan komen negatif haprak ni.”
“Jangan risau la abang. Setidaknya awak dah rasa prime time. Masa tu memang handsome betul. Sekarang bagilah orang baru nak up.”
“Abang tetap handsome dulu, kini dan selamanya. Sekarang nampak macam hero kollywood.”
Baru-baru ini, Zizan muncul di sebuah program audio siar bagi berkongsi pengalaman dan reaksinya terhadap isu semasa melibatkan industri seni tanah air.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Thread Zizan Nin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia muzik Indonesia kehilangan seorang lagi figura penting apabila salah seorang vokalis kumpulan Element, Lucky Widja, disahkan meninggal dunia pada malam 25 Januari 2026.
Kematian penyanyi berusia 49 tahun itu disebabkan masalah kesihatan serius kerana beliau menghidap tuberkulosis ginjal, penyakit yang telah dialaminya sejak beberapa tahun lalu.
Menurut laporan, keadaan kesihatan Lucky semakin merosot sejak 2022 apabila beliau terpaksa menjalani rawatan intensif termasuk prosedur dialisis akibat komplikasi penyakit tersebut. Keadaannya dilaporkan tidak stabil sejak kebelakangan ini sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Lucky akan disemadikan di Tanah Perkuburan Umum Jeruk Purut, Jakarta Selatan selepas solat Zohor hari ini.
Pemergian Lucky mencetuskan rasa dukacita dalam kalangan rakan industri dan peminat, khususnya mereka yang membesar dengan karya-karya Element sejak era kegemilangan kumpulan itu pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.
Selain Lucky, kumpulan element turut dianggotai oleh Ferdy Tahier (vokal), Didi Riyadi (dram), Fajar Maringka (keyboard), Arya Prasetyo (gitar) dan Adhitya Pratama (gitar).
Rakan sekumpulannya serta sahabat terdekat turut berkongsi ucapan takziah menerusi media sosial, menyifatkan Lucky sebagai seorang insan berdedikasi dan jiwa seni yang besar.
Lucky Widja dikenali sebagai suara utama yang mengangkat nama Element menerusi deretan lagu malar segar seperti Rahasia Hati, Cinta Tak Bersyarat, Cinta Sejati dan Pergilah Adinda, yang turut mendapat tempat dalam kalangan pendengar di Malaysia.
Karya-karya nyanyian beliau bukan sahaja mencorakkan identiti Element, malah menjadi sebahagian daripada memori generasi pencinta muzik Nusantara yang membesar dengan lagu-lagu berunsur cinta dan emosi yang kuat.
Sekadar info, Lucky meninggalkan seorang isteri, Aleima Sharuna yang dinikahinya pada tahun 2013. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Alzion Vardhana Wijadiputra.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ben Amir akhirnya merungkai teka-teki yang menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini apabila mengesahkan dirinya telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Liana Alara.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ben menerusi sebuah hantaran di Instagram pada petang Sabtu.
Bagaimanapun, pelakon filem Gantung: Musketeer Code ini tidak memperincikan secara jelas tarikh sebenar majlis pernikahan tersebut berlangsung.
“Alhamdulilah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada December 2025,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Ben turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan ucapan baik buat dirinya dan isteri.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran tersebut, Ben turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama isteri ketika majlis pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Liana Alara merupakan wanita asal Filipina yang difahamkan telah memeluk agama Islam pada November lalu.
Terdahulu, nama Ben dan Liana menjadi tumpuan ramai sejak beberapa hari lalu selepas mereka berkongsi foto-foto mengenakan persalinan sedondon berwarna putih.
Pelakon Fattah Amin mengakui dia terpaksa menegur seorang individu yang meninggalkan komen biadap terhadap dirinya dan isteri, Amira Othman ketika mereka sedang mengadakan sesi siaran langsung baru-baru ini.