Ads

“Saya Anggap Sekadar Gurauan,” – Erra Fazira Perjelas Isu Buah Zuriah, Akui 80% Tidak Akan Hamil

Primadona dan penyanyi, Erra Fazira tampil menjelaskan mengenai perkongsian foto buah zuriah oleh suaminya, Ezwan Zain, ketika mereka menunaikan ibadah umrah baru-baru ini sebagai satu gurauan dan tidak membawa sebarang maksud tersembunyi.

Erra atau Fazira Wan Chek, 52, berkata dia secara peribadi tidak pernah terfikir untuk kembali hamil, namun tetap menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

Kongsi Erra, sebelum bernikah dia dan suami sudah berbincang secara terbuka mengenai soal anak memandangkan faktor usia.

“Kita kena sedia maklum Mr E ni suka bergurau. Saya pun tak tahu itu buah zuriat. Apa pun saya anggap itu sebagai gurauan.

“Saya dah set dalam otak macam tak sesuai (nak hamil) tetapi kalau Allah dah berkehendak kita tak boleh menolak.

“Dari mula saya pun tak sangka yang akan berkahwin lagi. Sejak awal kami ada berbincang, kalau dia nak anak (Ezwan) kena kahwin dengan orang muda,” katanya.

Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pembukaan kafe Cluck’n Cone di Jalan Changkat, Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Saya Anggap Sekadar Gurauan,” – Erra Fazira Perjelas Isu Buah Zuriah, Akui 80% Tidak Akan Hamil “Saya Anggap Sekadar Gurauan,” – Erra Fazira Perjelas Isu Buah Zuriah, Akui 80% Tidak Akan Hamil

Ads

“Saya Anggap Sekadar Gurauan,” – Erra Fazira Perjelas Isu Buah Zuriah, Akui 80% Tidak Akan Hamil

Usia Jadi Pertimbangan Utama

Dalam pada itu, Erra menjelaskan mereka lebih selesa menjalani kehidupan berumah tangga tanpa sebarang perancangan untuk menambah ahli keluarga kerana masing-masing sudah mempunyai anak.

“Saya tidak merancang. Perancangan saya Alhamdulillah kami masing-masih sudah mempunyai anak dan dah ada pasangan (teman) jadi kami mahu jalan terus (jalani kehidupan).

“Kalau nak kata tak terburu-buru nak anak tidak juga sebab faktor usia. Kami memang tidak fikir ke arah itu pun,” ujarnya lagi.

Ads

Malah Erra turut menambah, faktor usia menjadi sebab utama dia tidak meletakkan harapan untuk hamil, malah sentiasa mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.

“Ada rezeki ada la tapi saya tahu 80% perkara itu tidak akan berlaku (hamil).

“Di usia saya ini memang sentiasa buat pemeriksaan doktor. Rata-rata menasihati lebih baik saya tidak hamil atas faktor usia,” katanya.

Terdahulu pada 2 Januari lalu, Erra membuat kejutan istimewa buat Ezwan sempena ulang tahun kelahirannya dengan menghadiahkan perjalanan menunaikan umrah bersama.

Ads

Dalam satu hantaran di Instagram, Ezwan memuat naik gambar memegang foto buah zuriat yang ditunjukkan kepada Erra, sekali gus mencetuskan spekulasi netizen bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata.

Untuk rekod, Erra bernikah dengan Ezwan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim. Namun, mereka bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Erra kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.

Manakala Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tak Jangka Ini Akan Berlaku,” – Kritikan Tak Patahkan Semangat Ajak...

Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro mengakui apabila terjun dalam industri makan dan minuman (f&b), dia tidak dapat lari daripada kritikan dan kecaman pelanggan...
error: Hello. Cannot.