Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof susulan konflik yang berlaku di dalam rumah tangganya.
Meski Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengan isteri pertamanya itu, namun Puteri Sarah menerusi Harian Metro menyifatkan mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.
“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya.
Ads
Terdahulu, di dalam temubual eksklusif di dalam akhbar sama, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Syamsul pada masa sama turut memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.
Ads
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kali ini saya meraikan hari jadi yang lain berbanding tahun sebelumnya, pertama kali tanpa ibu.”
Demikian kata Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47, pada 31 Disember lalu.
DJ Lin berkata, meski dalam reda atas pemergiaan ibu, Allahyarham Puteh Jantan pada Jun tahun lalu, namun kenangan 2022 turut terselit memori indah untuk dikenang.
“Setiap tahun ketika arwah masih ada, tiap kali hari jadi dia pasti akan telefon. Tapi kali ini ‘silent’. Namun saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kesedihan, simpan ia di sudut hati.
“Banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Doa kepadanya tetap saya titipkan tanpa jemu. Apa pun kami sekeluarga reda atas kehilangan.
“Tahun 2022 juga menyaksikan banyak juga kemanisan dalam kerjaya saya. Dalam mengemudi Suria fm, pencapaian terbaik kami bersempena dengan 15 kami ke udara berjaya melonjakkan stesen kami ke tempat ketiga paling popular.
“Itu saya pencapaian yang luar biasa dan istimewa. Sudah lama kita impikab untuk berada pada tahap sekarang. Allah makbulkan dan kami bersyukur. Saya anggap ini juga hadiah terindah,” katanya ketika ditemui di Konsert Ambang 2023 Suria FM x IOI City Mall Putrajaya, Sabtu lalu.
Dalam pada itu, konsert yang mencuri tumpuan lebih 15,000 pengunjung itu diserikan dengan persembahan artis terkenal, antaranya Ziana Zain, Amir Masdi, Floor 88, Kugiran Masdo dan Andi Bernadee.
Kemeriahan turut dirasai menerusi gandingan tiga penyampainya, Shuib, Sharifah Shahirah dan Suraya selaku hos konsert pada malam itu.
“Alhamdulillah, konsert ambang 2023 kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria yang sudi hadir memberikan sokongan.
“Ia diadakan sebagai tanda penghargaan kami buat semua pendengar setia yang sentiasa menyokong kami. Kami berharap agar pengunjung yang hadir dapat bersama-sama meraikan kehadiran tahun baru sambil berhibur bersama insan tersayang,” katanya lagi.
Sepanjang konsert berlangsung, pengunjung turut memenangi hadiah istimewa, termasuk berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria FM’ seperti T-Shirt, lanyard, payung, sticker kereta dan jersi edisi terhad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya pernah menangis depan suami. Saya cakap padanya dulu kalau ada apa-apa hal mengenai syarikat, saya akan kongsi dengan Siti (Sarah), tapi sekarang tak ada.”
Demikian luah rasa yang dikongsikan Pengasas Loveta, Siti Fatimah Suberi, 35, selepas ditanya momen paling dirindui dalam menguruskan Loveta susulan pemergiaan rakan kongsi yang juga anak tirinya, penyanyi Siti Sarah hampir dua tahun lalu.
Siti Fatimah yang mesra disapa Makder berkata, arwah yang dipanggilnya Siti bukan sahaja ahli keluarga, tetapi sahabat yang menjadi tempat mengadu.
“Tapi sekarang ini sudah tidak ada teman untuk berkongsi. Kata suami tidak mengapa, kalau ada apa-apa yang nak dikongsi, boleh luahkan kepadanya. Suami saya ada sakit jantung. Kalau boleh saya tidak mahu stres atau bebankan dirinya terhadap apa yang saya nak kongsikan.
“Malah arwah pun pernah beritahu saya kalau boleh tak mahu kongsi apa-apa masalah dengan Raisuddin bagi mengelakkan dirinya tertekan. Bimbang kalau dia hadapi stres yang melampau, akan beri kesan kepada sakitnya tu,” katanya.
Usahawanita ini ditemui sejurus pelancaran koleksi tudung terbaharu Loveta, Assyfa Manes di di Rumah Bakti Al Kausar di Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Ditanya apa inisiatif yang dilakukan sebagai cara untuk tenangkan diri, Fatimah selesa memberi ruang masa kepada diri sendiri.
“Biasanya saya akan duduk seorang diri sambil tonton video arwah. Video klip nyanyiannya pun sudah memadai. Selebihnya saya berdoa kepada Allah SWT dan pendam,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Assyfa Manes yang hanya memakan masa 7 saat untuk digayakan tampil dengan 8 pilihan warna menarik menerusi fabrik jenis premium soft pleated chiffon.
“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan.
“Justeru kami tampilkan koleksi terbaharu bagi para pelanggan yang sentiasa menantikan rekaan terkini kami,” katanya yang turut menyasarkan jualan Assyfa Manes sebanyak 70,000 helai dijual dalam tempoh sebulan.
Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan penyanyi lagu Kesetiaan itu ketika hayatnya.
“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.
“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan zuriat, sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus maju dan memiliki cahaya mata.” Katanya.
Di dalam majlis sama, program dimeriahkan dengan menyantuni penghuni perempuan menerusi sesi makeover dan tatarias.
Seramai 15 kanak-kanak dan remaja perempuan berusia antara 10 hingga 17 tahun diberi sentuhan jurusolek menggayakan koleksi persalinan serta tudung Loveta.
Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 meninggalkan suami yang juga penyampai radio, Shuib dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian kata yang diungkapkan penyanyi Sissy Iman selepas diminta rakan hos Famili Duo, Janna Nick mengulas mengenai persembahannya sepanjang enam minggu bersaing di dalam program berkenaan.
Bagaimanapun, Sissy tidak dapat meneruskan ucapan kerana sebak, dipercayai selepas menerima komen juri Mas Idayu susulan persembahannya menyampaikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam versi keroncong.
Rakan duo Sissy, Naim Daniel terdahulu mengucapkan terima kasih atas sokongan semua selain mengakui Sissy memberikan komitmen terbaik sepanjang saingan di dalam rancangan hiburan realiti itu.
“Alhamdulillah, terima kasih dengan semua komen. Ini program hiburan untuk keluarga. Saya harap semuanya kekal terhibur. Saya dan Sissy percaya, apa sahaja yang kitaorang cuba, kita cuba untuk bereksperimentasi.
“Sekali lagi terima kasih untuk semua yang menyokong. Terutamanya Sissy sebab saya tahu dia memberikan banyak kesungguhan untuk pertandingan ini. Ya, insyaAllah kita akan cuba lagi pada masa akan datang” kata Naim.
Sejurus persembahan, Mas Idayu memberikan reaksinya terhadap persembahan mereka dan Sissy dirakam sebak, dipercayai susulan teguran yang diterima mereka.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...