Pelakon, Que Haidar terbuka seterusnya tidak menghalang sekiranya dua anak perempuannya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra ingin menceburi bidang karier seni lakonan apabila dewasa.
Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, sebagai bapa dia memberikan galakan sepenuhnya jika kedua anak perempuannya mahu menceburi bidang seni selepas ini.
“Saya ada nampak Ratu memang ada bakat dalam tarian, nyanyian dan juga lakonan daripada dia kecil lagi.
“Macam Cleo pula saya tak nampak lagi bakat dia ke arah itu, cuma saya lihat dia sekarang ada bakat melukis. Kadang-kadang berasa kagum apabila melihat semua hasil lukisan dia.
“Saya sebagai bapa, sudah semestinya akan sokong apa jua minat anak-anak. Saya juga akan cuba beri kepada mereka ruang untuk kenal pasti mereka punya minat, kelebihan dan bakat diri masing-masing.
“Sudah semestinya sebagai ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak kita juga. Tetapi misal kata kalau salah nak masuk dalam industri hiburan tidak kira apa bidang sekali pun mahu lakonan, tarian atau nyanyian, saya akan sentiasa beri galakan,” katanya.
Ads
Sementara itu, pelakon berusia 43 tahun ini berkata dia sebolehnya tidak mahu menghalang minat dan menentukan hala tuju masa depan anaknya.
“Sejujurnya, saya kalau boleh tidak mahu menghalang apa jua minat mereka.
“Saya juga tidak mahu untuk menentukan masa depan mereka. Oleh itu, saya cuba melihat potensi dan buka ruang untuk anak-anak.
“Jadi dengan pengalaman yang ada, saya berkongsi dengan mereka. Tiada istilah rasa ralat sekiranya mereka mahu menjadi pelakon,” katanya lagi.
Ads
Que mendirikan rumah tangga bersama guru tari, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 12 tahun dan Tengku Cleopatra, 10 tahun.
Dalam perkembangan lain, Que bakal muncul membintangi sebuah telefilem terbaharu berjudul Lebai Sampan yang akan disiarkan pada 9 Julai depan di saluran Astro Citra.
Ads
Selain Que, telefilem Lebai Sampan turut dibintangi pelakon hebat antaranya Jalil Hamid, Ruminah Sidek, Beto Kusyairy dan Puteri Balqis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Que Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sheera Iskandar berkongsi nama puteri sulungnya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon Gerak Khas: Undercover ini perkongsian di Instagram yang dikemas kini.
Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra turut bersyukur kerana dapat meraikan Hari Raya Qurban bersama keluarga kecilnya.
“MasyaAllah Tabarakallah, Alhamdulillah AidilAdha pertama buat Puteri Long Harissa. Salam AidilAdha dari keluarga kecil kami; Harissa,Sheera dan Halim.
“Baby Harissa suka senyum,” tulisnya yang disertakan dengan foto dia memangku Harissa bersama suami, Mohd Halim Abdul Gani.
‘Konten’ video yang dimuat naik usahawan, Shuib bersama ‘Tik Toker’, Ryan Bakery pada Rabu di Instagram bagi mempromosikan bisnes minuman miliknya iaitu BubbleBee mencuri perhatian warganet.
Ryan sebelum ini cukup popular menerusi kandungan video yang mengimbau zaman kanak-kanak dan kebanyakan video yang dihasilkan menerima jutaan tontonan menerusi Tik Tok.
Di dalam hantaran yang sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka itu, ia memaparkan Shuib yang awalnya sedang memesan BubbleBee tiba-tiba dipandang seorang ‘kanak-kanak’ (Ryan).
Beberapa kali diperhatikan, Shuib kemudiannya menghulurkan cawan aiskrim yang dibelinya sebelum dilarikan oleh ‘kanak-kanak’ berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan video yang berdurasi kurang seminit itu.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Ariff Bahran dan isterinya, Amirah Syazwani Ridzwan yang selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka, awal pagi tadi.
Menurut Bahran, 24, bayi lelaki itu dilahirkan kira-kira jam 3.32 pagi.
“24/7/2022 – 3.32am Alhamdulillah. We are so proud of you already my boy,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...