Penyanyi rap, Sasi The Don teruja apabila berpeluang merakamkan lagu terbaharu berjudul Oh My Kawanbersama penyanyi rock legenda, Datuk Awie.

Menurut Sasi atau nama sebenarnya Sasidharan Chandran, dia tidak menyangka lagu yang ditulisnya itu mendapat respon positif daripada vokalis rock legenda itu.

“Satu Pengalaman Indah Bila…,” – Sasi The Don Rakam Lagu Bersama Awie, Tak Sangka Diterima Mentah-Mentah!

“Setiap lagu yang saya tulis punyai jalan cerita yang tersendiri. Sewaktu menuliskan lagu Oh My Kawan, saya dapat rasakan jika Datuk Awie tidak menerimanya, saya pun tak tahu nak buat apa dengan lagu ini.

“Lagu ini memang saya tulis khas buat Datuk Awie sebagai inspirasi. Lagu ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu yang biasa digunakan dalam percakapan harian sesama kawan.

“Ketika saya tunjukkan lirik kepada Datuk Awie, saya ingatkan dia akan buat pembetulan. Bila beliau tengok lirik dan dengar melodi, terus okay,” katanya kepada MH.

Sasi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan pra dengar album terbaharunya My Perfect Yard yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, selepas melalui sesi rakaman, Sasi turut menyifatkan Awie sebagai antara penyanyi terbaik di negara ini.

Ads

“Satu Pengalaman Indah Bila…,” – Sasi The Don Rakam Lagu Bersama Awie, Tak Sangka Diterima Mentah-Mentah!

“Ketika proses rakaman, itulah pertama kali saya dapat dengar suara Datuk Awie versi studio. Gaya dan cara nyanyiannya memang lain daripada artis-artis yang pernah saya tengok sebelum ini.

“Ia satu pengalaman yang sangat indah bila dapat tengok secara dekat Datuk Awie merakamkan lagu,” ujarnya.

Awie Kagumi Karya Sasi

Sementara itu, Awie mendedahkan dia memang meminati muzik yang dibawakan Sasi, lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya turut mengidolakan artis sama iaitu Dr. Alban.

“Satu Pengalaman Indah Bila…,” – Sasi The Don Rakam Lagu Bersama Awie, Tak Sangka Diterima Mentah-Mentah!

Ads

“Saya mengenali Sasi sejak lebih 20 tahun yang lalu. Di antara lagu-lagu yang saya suka yang bergenre reggae moden. Ketika itu, saya merupakan peminat Dr. Alban dan selalu mainkan lagunya di dalam kereta.

“Bila saya tahu Sasi berkolaborasi bersama Dr. Alban, saya kagum. Bila kami bertemu, saya minta dia teruskan berkarya kerana saya juga salah seorang peminatnya.

“Bila kami bertemu semula selepas 21 tahun dan tunjukkan saya lagu, saya tak mahu betulkan apa-apa kerana ini karyanya sendiri. Dia yang temui sumber inspirasi itu.

“Kalau saya kacau lagu ini, itu bermakna ia bukan sentuhan Sasi lagi. Saya biarkan lagu ini datang dari hati dia. Apa yang tertulis, itu yang saya sampaikan,” katanya.

Ads

Awie turut berharap lagu Oh My Kawan ini dapat membawa mesej positif buat semua pendengar agar terus bersatu meskipun berbeza latar belakang dan budaya.

“Satu Pengalaman Indah Bila…,” – Sasi The Don Rakam Lagu Bersama Awie, Tak Sangka Diterima Mentah-Mentah!

“Saya mengharapkan sesuatu yang positif daripada kolaborasi ini. Idea lagu ini adalah untuk menyatukan semua pihak terutamanya rakyat Malaysia.

“Saya mengharapkan album ini dapat menyatukan semua bangsa di Malaysia. Kita tolak tepi isu politik dan lain-lain. Marilah kita bersatu.

“Ini adalah satu projek album yang sangat bagus. Terus sokong muzik Sasi untuk kita kembangkan lagi industri kita,” tambahnya.

Album My Perfect Yard dijadualkan dilancarkan sepenuhnya pada November depan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads