Ads

“Sasaran Saya Bukan Setakat Jadi Aktor Terbaik, Tapi…,” – TJ Sedia Gegarkan Industri Filem Aksi Malaysia

Kacak, handal bertarung, berkarisma, dan bersemangat tinggi menjadi kelebihan jejaka ini yang kian mencipta nama dalam industri seni tanah air.

Namun, di sebalik nilai tambah itu, TJ atau nama sebenarnya Lee Tian Jiang, 27, memiliki impian jauh lebih besar dalam hidup.

Bukan sekadar mempertaruh bakat lakonan, sebaliknya dia berazam membina legasi tersendiri.

Sejak usia kanak-kanak, minatnya terhadap bidang seni pertahanan diri sudah membara gara-gara terinspirasi daripada aktor legenda antarabangsa, Jackie Chan, Jet Li, dan Donnie Yen.

Handal dan mahir dalam kungfu, Taekwondo, Karate, Muay Thai, Wing Chun, dan seni pertahanan diri ekstrem, dia berharap kelebihan itu menjadi modal uniknya dalam kerjaya lakonan.

Dari Wayang Aksi Ke Dojo Sendiri

“Kembara seni pertahanan diri saya bermula sejak kecil lagi. Bapa saya selalu bawa tonton wayang aksi dan beli DVD filem aksi klasik Hong Kong yang tinggalkan kesan besar dalam diri saya.

“Kali pertama menonton filem aksi, kekaguman saya terus memuncak. Kemudian minat tambah bercambah apabila menonton filem kartun adiwira, buatkan saya ingin ada kemahiran bertarung.

“Daripada situlah saya meminta bapa ajar kerana dia adalah sifu tarian singa yang mana kemahiran berkungfu menjadi asas penting perlu dipelajari. Pada usia 10 tahun, saya mula belajar kemahiran itu,” katanya.

Anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini memang cukup serius mendalami dan menjadikan seni pertahanan diri sebagai karier utama.

Ads

Bahkan, dia ialah pemilik gim Kungfu Dojo Sabah yang sudah beroperasi lebih enam tahun. Berbekalkan segala ilmu yang ditimbanya, dia menjadikan gim terbabit sebagai medan untuk melatih lebih ramai serta menarik minat terhadap variasi jenis pertahanan diri.

Baginya, belajar satu disiplin iaitu kungfu saja tidak cukup.

“Saya sentiasa ingin tahu dan meneroka corak disiplin mana paling efektif, lebih kuat, dan mencabar. Saya pernah bertanding banyak acara termasuk di peringkat antarabangsa, menang emas dalam Taekwondo.

“Selepas tamat sekolah dan mula bekerja, saya bertuah apabila direkrut dalam sebuah pasukan lagak aksi filem. Pengalaman itu mengubah hidup dan tunjukkan saya bahawa menjadi pelakon aksi di Malaysia adalah tidak mustahil,” katanya.

“Sasaran Saya Bukan Setakat Jadi Aktor Terbaik, Tapi…,” – TJ Sedia Gegarkan Industri Filem Aksi Malaysia“Sasaran Saya Bukan Setakat Jadi Aktor Terbaik, Tapi…,” – TJ Sedia Gegarkan Industri Filem Aksi Malaysia

Ads

“Sasaran Saya Bukan Setakat Jadi Aktor Terbaik, Tapi…,” – TJ Sedia Gegarkan Industri Filem Aksi Malaysia “Sasaran Saya Bukan Setakat Jadi Aktor Terbaik, Tapi…,” – TJ Sedia Gegarkan Industri Filem Aksi Malaysia “Sasaran Saya Bukan Setakat Jadi Aktor Terbaik, Tapi…,” – TJ Sedia Gegarkan Industri Filem Aksi Malaysia

Misi Gegarkan Filem Arus Perdana 

Sejak menceburi lakonan, TJ berjaya memperkukuh profilnya menerusi pembabitan dalam filem-filem mega arus perdana termasuk Gayong, Paskal Air Force The Movie, Money Games, dan The Fist Of Legend.

Bagaimanapun, kini dia mahu mengangkat kerjayanya lebih tinggi dan berazam membina nama kukuh dalam bidang perfileman arus perdana.

Cita-citanya adalah untuk bekerjasama dengan ramai pengarah hebat tempatan. Pembikin filem seperti Adrian Teh, Shuhaimi Baba, Datuk Yusof Haslam, Michael Ang, Syamsul Yusof, Tan Chui Mui, dan ramai lagi adalah antara nama penting yang sangat teringin untuk digandingkan.

“Sasaran saya bukan setakat menjadi aktor terbaik di Malaysia, tapi ingin membawa nama negara ke seluruh dunia. Saya nak tunjukkan bahawa Malaysia juga mampu hasilkan filem aksi hebat dan pelakon aksi kita pun berkualiti.

Ads

“Donnie Yen dan Jason Statham adalah inspirasi terbesar saya. Filem-filem lakonan mereka sentiasa buat saya berkobar. Saya juga dambakan filem yang membawa mesej besar dan nilai-nilai berguna,” katanya.

Antara pencapaian terbaharunya yang cukup membanggakan adalah kejayaannya meraih juara pertandingan berprestij Bachelor of Malaysia 2025 (BOM).

Kemenangan itu membuka satu lagi dimensi berbeza dalam hidupnya apabila bakal mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa nanti.

“Pada awalnya, saya agak terkejut apabila ditawarkan menyertai BOM. Individu itu yang kini menjadi pengurus saya melihat potensi yang besar meskipun saya ada keraguan juga kerana kurang arif pasal ‘pageant’.

“Kerana rasa diri tidak bersedia, saya lipatgandakan usaha berlatih ‘catwalk’, cara bergaya, dan kemahiran soal jawab. Hanya berbekal persiapan tiga bulan, usaha itu berhasil apabila saya dinobatkan juara.

“Kini saya jalankan latihan lebih intensif untuk persiapan ke peringkat antarabangsa. Saya fokus diet untuk fizikal terbaik serta mengambil kelas bahasa Inggeris untuk tingkatkan lagi kemahiran komunikasi,” katanya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Uyaina Arshad Pernah Diminta Masuk Kelab Malam & Pegang Arak, Cipta...

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan dirinya pernah menerima cadangan untuk sengaja melakukan hal-hal negatif demi mencipta kontroversi bagi menaikkan namanya sebagai artis baharu, suatu ketika dahulu.
error: Hello. Cannot.