Categories: Uncategorized

“Sanggup Tunggu Dia Habis SPM,” – Netizen ‘Syok’ Dengan Adik Nadzmi Adhwa Pula

Share

Pelakon, Nadzmi Adhwa muat naik video bersama dengan adiknya, Nadzmin Adam di laman Instagramnya, semalam.

Di ruangan kapsyen, Nadzmi memohon netizen memberikan kata-kata nasihat kepada adiknya agar fokus pada pelajaran dan bukannya percintaan.

“Korang tolong nasihatkan adik bongsu saya ni putus cinta ajak saya nyanyi pulak.

“Fokus SPM tu ya @Nadzminadam. Cinta cinta kemudia, tengok angah tak ada cinta cinta pun,”tulisnya.

Susulan itu, kelihatan ramai peminat yang cuba ‘masuk line’ adik Nadzmi itu.

Namun begitu, ada juga yang memuji kemerduaan suara dua beradik itu.

Alahai, pada MH, bercinta itu boleh tapi seeloknya kita fokus pada masa depan dulu ya. Apa-apapun good luck untuk SPM nanti.

Foto/Instagram: Nadzmi Adhwa

IKLAN