“Oh kalau artis semuanya boleh”

Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh pelajar Universiti Malaysia Terengganu apabila melihat beberapa penyanyi termasuk Khai Bahar & Hael Husaini memanjat logo kebangaan universiti tersebut.

WE ❤️ UMT

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Melalui Instagram Khai Bahar, MH terbaca beberapa komen daripada pelajar-pelajar di sana yang kurang berpuas hati dan menganggap tindakan penyanyi ini sebagai sesuatu yang melampau.

Malah, ada juga beberapa pelajar yang berkata gambar ini telah menjadi satu perbualan hangat di kalangan mereka dan agak kontroversi kerana pelajar tidak di benarkan melakukan perkara seperti ini tetapi bila selebriti lain pula jadinya.

‘Sangat Biadap Mereka Semua’ Pelajar Kesal Selebriti Malaysia Pijak Logo Universiti? ‘Sangat Biadap Mereka Semua’ Pelajar Kesal Selebriti Malaysia Pijak Logo Universiti? ‘Sangat Biadap Mereka Semua’ Pelajar Kesal Selebriti Malaysia Pijak Logo Universiti? ‘Sangat Biadap Mereka Semua’ Pelajar Kesal Selebriti Malaysia Pijak Logo Universiti?

IKLAN

Walaubagaimanapun, tidak kurang yang memuji gambar ini cantik dan patut dipuji.

Melalui Harian Metro, rupa-rupanya laman Instagram rasmi UMT turut dihujani dengan pelbagai kritikan apabila mereka muat naik semula gambar ini di akaun mereka.

‘Sangat Biadap Mereka Semua’ Pelajar Kesal Selebriti Malaysia Pijak Logo Universiti?

IKLAN

Bagaimanapun, Khai Bahar telah memohon maaf sekiranya tindakannya bersama selebriti jemputan itu mengguris hati sesetengah pelajar UMT.

“Sejujurnya, niat kami adalah untuk bergambar kenangan di situ. Tidak terfikir atau terlintas pun untuk menghina nama universiti terbabit seperti didakwa.

 

“Pihak UMT turut memuat naik semula gambar saya di IG. Jadi saya berasakan ia perkara biasa. Namun, tidak menjangka pula ia kecoh.

 

“Saya sedar tidak belajar tinggi seperti mereka, jadi tidak perlu keluarkan komen keterlaluan. Apa pun, dengan rasa rendah diri saya meminta maaf. Insya-Allah kalau ada rezeki saya pasti ke sana lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan sahaja Khai Bahar, malah Hael turut memohon maaf sekirannya perkara ini membuatkan sesetengah pihak tidak selesa.

IKLAN

‘Sangat Biadap Mereka Semua’ Pelajar Kesal Selebriti Malaysia Pijak Logo Universiti?

MH difahamkan pihak pentadbiran UTM sebenarnya tidak mempunyai apa-apa masalah pun tentang perkara ini dan menganggap ia sebagai satu promosi percuma di media sosialnya.

SUMBER: Harian Metro

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI