Ads

“Sangat Baik, Tolong Saya Seikhlasnya…,” – Pernah Bertemu Atas Urusan Majlis Ilmu, Umie Aida Imbas Kenangan Dengan Allahyarham Bung Moktar

Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham Bung Moktar Radin, awal pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan Umie melalui satu hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Umie mengimbas kembali dua pertemuan ringkas bersama arwah ketika urusan majlis ilmu di Sabah.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya pernah bertemu dengan arwah sebanyak dua kali atas urusan majlis ilmu di Sabah.

Ads

“Allahuakbar… Allahyarham Bung Moktar memang sangat-sangat baik dan tolong saya seikhlasnya, memastikan program untuk rakyat Sabah berjalan lancar,” coretnya.

Doa & Penghormatan Buat Allahyarham

Dalam hantaran sama, Umie turut menitipkan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan insan beriman, selain memuji sifat pemurah dan keprihatinan Allahyarham semasa hayatnya.

Ads

“Semoga arwah dikurniakan tempat yang indah di syurga atas sifatnya yang baik, pemurah, suka membantu dan tidak pernah lokek berbuat kebaikan.

“Moga Allah mengangkat darjatnya dalam kalangan ahli syurga. Amiin. Salam takziah buat ahli keluarga arwah,” tulisnya lagi.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Terdahulu, Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Berlatarkan detik indah yang dirakam sebagai kenang-kenangan, Datin Seri Zizie Izette A Samad berkongsi satu video pendek Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin momen candid bersama anak-anak yang kini jadi pengubat rindu ♥️ Walau insan tersayang sudah tiada, cinta yang ditinggalkan langsung tak pernah pudar, tetap hidup dalam setiap kenangan istimewa. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah… Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi-Nya. Amin ya rabb 🤲🏼✨ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ligamen Kaki Terkoyak Sebab Main Bola, Neelofa Anggap Jaga PU Riz...

Ketiadaan pendakwah bebas, PU Riz dalam program Mualim Muda sebelum ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton.
error: Hello. Cannot.