Bintang versatil, Elly Mazlein sudah pun menginjak usia 40 tahun hari ini.
Bagaimanapun atas komitmen kerja, bintang versatil itu mendedahkan si suami, Cikgu Azlan telah pun membuat kejutan lebih awal bersempena ulang tahun kelahirannya itu.
Menurut Elly atau lebih sinonim dengan sapaan Kak Lina Pom Pom, dia yang baru pulang ke rumah pada awal pagi terkejut dan hampir menangis atas kejutan yang dibuat suami dan ahli keluarganya yang lain.
Meski hari lahirnya jatuh pada 17 Disember (hari ini), namun Elly tidak menyangka kerana ia diraikan lebih awal (semalam) kerana perlu bekerja hari ini.
“Pagi td smpai umah, rasa nak nangis. Ade kezotannnn aromatherapy level. Tohhhhhdiaaaaaa dari kesayangan Abah,Suami, Manja Sara Sefhia & My helper Agnes.
“Memandangkan Esok 17hb, kepom keja, jadi suami celebrate awal sikit. tq sayang.
“Katanya nak bawa tempat kezotannn jap lg .. yeayyyyy x saba, tq sayang,” tulisnya sambil turut berterima kasih atas hadiah yang diberikan rakan artis, Siti Sarah.
Ads
Malah menerusi beberapa hantaran terkininya juga, Elly turut berkongsi beberapa foto mereka sekeluarga sedang isi masa di sebuah hotel selain menikmati makan malam indah bersama.
Ads
Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi selamat ulang tahun buat penyanyi 4 Dara 2020 itu.
Elly yang sebelum ini bergelar ibu tunggal anak satu, mendirikan rumah tangga bersama Mohd Azlan Che Noh yang juga seorang guru Januari lalu.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi kini sekali lagi hadir hadir dengan sebuah lagu runut bunyi terbaru berjudul Kesempatan Bagimu.
Lagu terbitan Nova Music Malaysia ciptaan gandingan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh bakal melatari drama 28 episod, Tercipta Satu Ikatan yang bakal bersiaran menerusi slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember.
Sementara lirik lagu tersebut pula merupakan hasil karya Ikhwan Fatanna bersama Arisz Abd Rahman.
Berkongsi mengenai Kesempatan Bagimu, Adira memberitahu dia bersyukur atas peluang yang diterimanya dalam dunia nyanyian ketika ini.
“Ada ketika saya rasa bagai ada rahmat tersembunyi dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan hingga kini.
“Terutama terus menjadi pilihan menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama TV. Tapi dalam hati kadang terbit juga rasa, orang tak jemu ke lagi lagi saya.
“Di saat ramai bakat baru dan yang sedia ada bersaing di pasaran, rezeki untuk menyanyikan lagu runut bunyi masih menyebelahi saya. Saya lihat semua itu daripada sudut positif sekali gus jadi penghormatan peribadi buat diri ini.
“Tahun ini saja sudah dua lagu runut bunyi saya nyanyikan. Sebelum ini, saya menyanyikan lagu “Maaf” untuk drama ‘Maaf Tak Indah’ yang menghiasi slot Samarinda TV3 pada bulan Februari lalu,” katanya.
Adira sebelum ini pernah bekerjasama beberapa kali bersama Ikhwan Fatanna.
“Lagu baru ini pun dirakam tanpa ambil masa yang panjang. Selain sudah faham rentak kerja dengan komposer, saya juga sudah dapat lagu ini lebih awal untuk berlatih.
“Kebetulan lagu baru ini pun berentak balada seperti yang sebelumnya. Tak saya nafikan jiwa ini lebih terarah menyanyikan lagu berentak balada dan melankonlik. Mungkin juga dalam ketegasan diri ini, kelembutan jiwa itu masih terserlah,” katanya lagi.
Sementara itu, Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan ini juga menjelaskan, dia secara peribadi tidak menganggap gelaran Ratu Soundtrack itu sebagai perkara membebankan.
“Kalau ada yang suka dengan lagu nyanyian saya melatari drama di kaca TV itu sudah cukup baik. Lagu soundtrack ini menyuntik dan menjentik emosi penonton dan jika ada yang terus memberikan gelaran Ratu Soundtrack kepada saya, saya okey saja.
“Saya bersyukur dengan pengiftirafan sebegitu. Bila difikir daripada skop yang lebih luas, ia semua peluang dan juga rezeki untuk saya kekal relevan di persada seni.
“Untung apabila lagu dipilih jadi runut bunyi kerana dalam tempoh siaran drama itu di kaca TV atau pelantar digital, ia akan terus dimainkan dan secara tak langsung akan cepat diingat. Jadi, selain radio dan laman maya, TV juga jadi ruang promosi yang baik,” katanya.
Pada masa sama, bintang kelahiran Ranau, Sabah ini turut akui menggemari lagu Kesempatan Bagimu.
“Selama menceburi dunia seni, saya sudah terbiasa untuk jatuh cinta dengan lagu nyanyian sendiri. Itu langkah pertama sebelum saya ambil mood menyerap emosi ketika lagu baru dirakamkan atau saat membuat persembahan.
“Tak kenal maka tak cinta. Malah, peluang bekerjasama dengan komposer sedia ada dan yang baru juga menjadi ruang terbaik untuk saya mencabar diri dan terus belajar menyanyi.
“Lebih 10 tahun jadi artis bukan alasan untuk saya terus memeluk tubuh dan rasa selesa dengan apa yang ada. Saya terbuka dengan apa saja yang boleh memberi pembelajaran baru dalam diri.
Dalam perkembangan lain, Adira juga sejak awal tahun ini menceburi perniagaan menjual barangan ‘bundle’ dan vintaj.
“Saya selesa mencuba nasib dalam bidang baru ini. Malah, kemungkinan saya akan buat siaran langsung menjual barang di laman sosial. Tak perlu malu pun, janji rezeki halal. Tak kisahlah siapapun kita.
“Di saat kita diuji dengan pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan dan melibatkan diri dengan pelbagai perniagaan alternatif untuk bangkit semula meneruskan survival,” katanya.
Single terbarunya itu bakal esok, 25 Disember 2020 dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music, KK Box dan Deezer pada hari tersebut.
Malah siaran perdana video muzik rasmi single tersebut juga boleh ditonton pada hari yang sama jam 9 malam di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ di pautan ini https://youtu.be/knMLdKVtrQY.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Deen Hot FM menghadiahkan isterinya sebentuk cincin baru bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke empat.
Menurut Deen atau nama sebenarnya Nordin bin Haji Madian, cincin tersebut sebenarnya telah menjadi idam-idaman isterinya semenjak zaman sebelum berkahwin lagi.
“Inilah dia perangai sebenar @misswada ye, orang utara kata suka dok terenyeh-renyeh.
“Sebenarnya, dari sebelum bertunang, memang dia dah aim nak cincin ni (kawan-kawan rapat dia taw la).
“Tapi, sorry sayang waktu merisik you tak dapat, waktu tunang pun tak dapat & waktu kahwin pun tak dapat jugak,” tulisnya di Instagram.
Menerusi video berdurasi hampir 50 saat itu, Deen turut menitipkan doa semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke jannah.
“Sengaja I simpan nak bagi waktu ulangtahun ke-4 perkahwinan kita I love you so much, semoga ikatan perkahwinan ini terus kuat & utuh. Doakan kami ye,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah comel pasangan tersebut selain turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat Deen dan juga isteri.
Terdahulu, Deen telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihan hati, Siti Nur Warda Aminuddin pada 2 Disember 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Leia Zarra yang kini baru berusia satu tahun sembilan bulan.
Sumber: Instagram Deen Hot FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika sedang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Faye Kusairi berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba diserang Bell Palsy atau pun kelumpuhan pada otot muka.
Bagaimanapun, menurut Faye, dia kini telah pun dibenarkan untuk keluar daripada hospital dan sedang di dalam proses untuk pulih.
“Alhamdulillah saya telah dibenarkan pulang. Saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas disahkan mengalami serangan Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi.
“Saya masih belum sembuh sepenuhnya, masih dalam progress untuk pulih. Separuh muka bahagian kanan saya lumpuh sejak Jumaat lalu dan telah menjalani rawatan dengan pakar neurologi.
“Sekarang saya dapat gerakkan sedikit otot muka saya. Syukur alhamdulillah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, 7 Hari Mencintaiku 2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Faye turut menegaskan dia tetap akan menjalani sesi rawatan dan berharap agar dirinya dapat sembuh seperti sedia kala.
“Memandangkan saya kini hamil 38 minggu, saya meneruskan rawatan dan berehat di rumah.
“Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan serta cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga semuanya baik-baik sahaja buat Faye.
Terdahulu, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017 dan telah pun dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi.
Sumber: Instagram Feye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga memegang mandat sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyantuni penduduk di kawasan...