Uncategorized

‘Sampai Bila Tak Habis Kalau Terus Layan Kecaman Netizen’- Neelofa Tak Mahu Ambil Peduli Kata-Kata Orang

Share

Sudah muak dengan kecaman netizen berikutan pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung serta sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah kelab hiburan, pelakon dan pengacara, Neelofa, 29 tahun mengambil sikap tidak ambil peduli.

Katanya, dia mempunyai sebab yang kukuh memilih lokasi tersebut kerana ia sesuai dengan tema serta bajet acara yang dianjurkannya.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

 

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

 

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata Neelofa kepada BH Online.

MH difahamkan bahawa Neelofa sudah bersedia dengan segala kecaman orang ramai mengenai perkara ini.

Tambahnya Neelofa lagi, dia bersyukur segala yang dirancang lancar dengan kehadiran ahli keluarga, sahabat dan juga rakan media.

Turut hadir merupakan beberapa selebriti tempatan dan juga persembahan dari SonaOne.

Sumber: BH Online

IKLAN