Uncategorized

Sama Tapi Tak Serupa, Kembar Redza Rosli Dapat Perhatian

Share

Eh betul ke ni? Ke mata kami yang salah pandang?

MH Online ada terima message daripada salah seorang pembaca yang meminta kami melihat persamaan wajah seorang doktor yang dikatakan ada iras-iras seperti pelakon Redza Rosli.

Semua ini menjadi kecoh sejak doktor tersebut muncul di kaca televisyen sebagai seorang pelakon tambahan dalam drama Shhh… I Love You lakonan Gambit dan Elvina Mohamad.

Ramai penonton yang menyangkakan doktor tersebut adalah Redza, namun sebaliknya sangkaan itu ternyata tidak benar dan ia hanyalah pelanduk dua serupa sahaja.

Malah lebih memeranjatkan sebenarnya mereka berdua langsung tiada kena mengena atau apa-apa pertalian darah.

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri wajah mereka berdua yang dikatakan agak sama.

 

IKLAN