Beberapa hari lepas dunia dikejutkan dengan kematian vokalis utama kumpulan SHINee, Jonghyun yang dijumpai tidak sedarkan diri kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumahnya yang terletak di Chungdam, Seoul.

Menurut laporan, Jonghyun tidak sedarkan diri dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap dan dia disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Punca kematian turut menyebut adalah bermotifkan bunuh diri kerana pihak polis menemui arang yang dibakar dalam bilik tempat Jonghyun ditemui dan kakaknya turut menerima nota bunuh diri daripada adiknya itu.

MH difahamkan semua ini terjadi kerana Jonghyun dikatakan mempunyai masalah kemurungan yang extreme sehingga mengambil keputusan untuk bertindak sedemikian.

Nampaknya kes ini telah mendapat perhatian ramai sehinggakan ia menjadi trending utama di Media sosial. Tetapi jangan tak tahu, selain Jonghyun, sebenarnya ada lagi beberapa selebriti yang turut mengalami nasib yang sama.

Nah, MH kongsikan beberapa lagi selebriti Korea yang lain bunuh diri kerana kemurungan yang teruk…

1.Kim Yu Ri

Lahir : 29 Ogos 1989
Meninggal : 19 April 2011
Usia : 22 Tahun

Kim Yu Ri merupakan seorang model, ditemukan bunuh diri dengan meminum racun untuk mengakhiri hidupnya.

Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

2.Jung Ah Yool

Lahir : 3 Februari 1987
Meninggal : 12 Jun 2012
Usia : 25 Tahun

IKLAN

Jung Ah Yool merupakan seorang pelakon berasal dari Korea selatan, ditemukan bunuh diri dengan cara menggantung diri di rumahnya.

Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

3.Ahn So Jin (Baby Kara)

Lahir : 25 Mei 1992
Meninggal : 24 Februari 2015
Usia : 22 Tahun

Baby Kara salah seorang ahli variety show ‘KARA Project’, ditemukan bunuh diri dengan terjun bangunan tingkat 10 dari apartmentnya di Daeduk, Korea Selatan.

Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

4.Kang Doo Ri

IKLAN

Lahir : 28 Januari 1993
Meninggal : 14 Desember 2015
Usia : 22 Tahun

Kang Doo Ri merupakan seorang pelakon berasal dari Korea selatan, dilaporkan mengalami kemalangan yang tragis, namun, ada yang mengatakan Doo Ri meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan, tetapi bunuh diri.

Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

5.Kim Sung Min

Lahir : 14 Februari 1973
Meninggal : 24 Jun 2016
Usia : 43Tahun

Kim Sung Min merupakan seorang pelakon berasal dari Korea selatan, ditemukan bunuh diri dengan cara mengantung diri di rumahnya, Seoul, Korea Selatan.

Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

IKLAN

6.Lee Ui Soo

Lahir : 10 Jun 1995
Meninggal : 6 Oktober 2017
Usia : 22 Tahun

Lee Ui Soo merupakan seorang model dan DJ berasal dari Korea selatan, ditemukan bunuh diri, tetapi bagaimana? masih dalam siasatan..Kematian Ui Soo diberitahu oleh abangnya sendiri melalui akaun media sosial.

Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

7.Jonghyun SHINee

Lahir : 8 April 1990
Meninggal : 18 Disember 2017
Usia : 27 Tahun

Jonghyun merupakan seorang penyanyi utama kumpulan hangat Korea, SHINee, ditemukan bunuh diri dengan melemaskan diri dalam kepulan asap yang dibakar di dalam bilik.

Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

 

 

Sumber : Indahnurse.blogspot

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI