Mengalunkan azan di Masjid Sultan Muayyad di Cairo, Mesir, suara lunak merdu pengacara dan penyanyi, Sharul Kamal mendapat perhatian netizen dengan tontonan hampir 150,000 di laman Instagram miliknya.
Jelasnya yang kini berada di Cairo, dia secara spontan melaungkan azan untuk sesi penggambaran yang dilakukan namun diminta untuk terus menghabiskan oleh bilal masjid berkenaan.
“Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting & kawasan ni memang tempat bilal dulu2 azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh,” jelasnya.
“Ramai yang marah sebab tak post full, okay ni full video aku azan. Ni first time aku azan full style bilal dekat mekkah. Alhamdulillah dapat hbiskan atas permintaan bilal Masjid Sultan Muayyad,” kongsinya.
Lebih dua minggu sudah berlalu, namun pusara Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam masih ‘basah’ sehingga hari ini kerana tetamu tidak putus-putus menziarahi pusara arwah.
Dalam pada itu, Fad turut menziarahi pusara sahabatnya itu yang pernah sama-sama menganggotai kumpulan Bocey.
“Sempat melawat sahabat sy Allahyarham Syed Umar Mokhtar, Alhamdulillah sampai2 basah je pusara kau, yg datang pon tak putus2.
“Tiap kali aku datang sini automatik flashback semua kenangan kite, aku ingat makin jauh hari berganti hari bole jd makin ok, tp makin tebal rindu ni bam..Al Fatihah😔 #kitabaikramaisayang #hatiinihanyarindu,” tulisnya.
Terdahulu, Abam, 32, meninggal dunia dipercayai akibat demam panas.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, semalam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey,8 bulan.
Dalam perkembangan lain, majlis bacaan Yassin dan tahlil akan diadakan pada 27 Februari ini (Khamis) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Pengacara dan penyampai radio, Radin mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Azlina Idris yang juga seorang pramugari.
Namun, mereka masih tidak mempunyai tarikh spesifik buat masa ini.
Meski sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun Radin,30, mempunyai perancangan untuk melakukan majlis merisik dan pertunangan pada tahun ini.
“Perancangan kahwin itu ada, cuma tiada tarikh yang spesifik belum ada sebab masing-masing sibuk dengan tugas. Macam saya sibuk dengan kerja dalam bidang pengacaraan dan DJ radio, dia (kekasih) pula sibuk ‘terbang’ sana sini.
“Dari segi merisik dan ke fasa pertunangan itu, Insyallah saya akan mulakan tahun ini juga.
“Andai kata jodoh itu dicepatkan dalam tahun ini juga, Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, hos ini ditemui di perasmian kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya pada Jumaat.
Saling mengenali lebih dua tahun, Radin juga difahamkan sudah mendapat restu daripada pihak keluarga.
“Saya pun dah bawa dia jumpa keluarga saya, Alhamdulillah, keluarga terima dan merestui hubungan kami. Mereka sudah bagi ‘green light’.
“Saya pun dah jumpa keluarga kedua-dua belah pihak tiada halangan. “Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi, sebab kami belum disatukan lagi, tetapi apa yang saya ada sekarang adalah yang terbaik untuk diri saya,” jelasnya.
Akui mempunyai cabaran dalam perhubungan cinta jarak jauh, namun pemilik nama penuh Radin Amir Affendy ini tetap positif.
“Bagi saya tiada masalah untuk bercinta jarak jauh kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Cumanya susah nak jumpa sajalah.
“Jadi kami berhubung melalui Face Time, Video Call dan ‘update’ di Intagram masing-masing,” jujurnya yang sentiasa merindui kekasihnya itu.
Radin sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuklah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat.
Sementara itu, kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep ini bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik antaranya Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay selama 3 hari 2 malam.
Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.
Nu-Prep adalah produk yang berasaskan kesihatan lelaki dan wanita.
Suami Mawar Rashid, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob merakamkan rasa syukur apabila segala urusan menunaikan umrah buat kali keenam dipermudahkan.
Malah, bapa kepada tiga cahaya mata ini turut memasang niat untuk mengerkakan haji selepas ini.
Perkara itu disampaikan Raf menerusi salah satu entri di Instagram miliknya, baru-baru ini. Selain itu, pelakon dan usahawan ini juga turut berkongsi kisah mengenai doanya di tanah suci.
“Alhamdulillah, selesai sudah semua amalan dan urusan di Makkah. Alhamdulillah ini kali ke-6 Raf menunaikan Umrah. Insyaa’Allah kali ke-7 atau ke-9 ke Makkah, Raf nak tunaikan Haji pulak.
“Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada.
“Sebelum ni, kali terakhir Raf buat Umrah pada December 2016. Time tu Raf berdoa sangat nak jodoh yang baik. Jodoh yang boleh membahagiakan Raf. Jodoh yang sayang anak2 Raf (@radenrayyanraf & @raysaachanelaraf) dan boleh terima mereka berdua seadanya.
“Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah.
“Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah Swt beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama2 belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain,” tulisnya.
Pada masa sama, Raf turut memberi pandangan mengenai keharmonian di dalam rumah tangga.
“Tiada istilah, “Aku suami, isteri kena dengar cakap suami selalu”. Ye betul, apa yang isteri nak buat kena sentiasa mendapat izin dan redha suami kerana suami adalah Syurga buat isteri.
“Tetapi suami juga harus menjadi pemimpin yang adil, penyabar dan tak bole marah2. Nak jadi ketua keluarga dan pemimpin yang hebat, suami dulu kena tunjukkan contoh yang baik pada isteri, lepas tu baru isteri dengar cakap.
“Suami tak perlu cakap dengan mulut, dengan perbuatan saja isteri dah boleh menilai dan ikut. Bak kata Mawar waktu kami mula2 kenal, “your surrounding is your reflection”. SETUJU TAK?,” jelasnya panjang lebar.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...