Uncategorized

Siti Saleha Selamat Bergelar Isteri

Share

Pelakon berdarah kacukan, Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ahmad Lufti Azhar, 31, dengan sekali lafaz jam 3.40 petang tadi.

Lufti memberi mas kahwin berjumlah RM500, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Saleha sendiri, Mohd Baharum Abdul Rahman dihadapan Imam Masjid Taqwa TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor dalam satu majlis di TPC, Kuala Lumpur selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Lufti membawakan tujuh dulang hantaran terdiri daripada sireh junjung dan cincin, Tumi Beg, La Mer Set, Quran dan Sejadah, Jam Tangan Michael Kors, Kasut dan kek.

Manakala Saleha membalas dengan sembilan dulang terdiri daripada tepak sireh, cincin, Truefitt dan Hill set, kasut, Bric beg, jam tangan Michael Kors, coklat, buah-buahan dan kek.

Saleha tampak menawan memakai busana dari Innai Red.

“Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat.

“Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini,” kata pelakon 7 Hari Mencitaiku ini.

Lufti yang juga seorang pegawai kerajaan dan Saleha, 27, mula berkenalan pada tahun 2016 dan Lufti telah melamar Saleha di Cancun, Mexico sewaktu mereka menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Esok, majlis resepsi pasangan mempelai ini akan diadakan dengan tema rustic romantic.

IKLAN