Uncategorized

“Salah Satu Punca Ibu Bapa Susah Masuk Syurga Sebab Anak Tidak Tutup Aurat,” – Netizen Kembali Kecam Sharifah Sakinah?

Share

Nama Sharifah Sakinah tidak pernah lekang daripada dikecam.

Kalau sebelum ini dia dikritik hebat berikutan lakonannya dalam telemovie Bini Aku Dari Neraka, kini dia sekali lagi dikritik kerana berpakaian seksi dan memuat naik foto itu di Instagramnya.

“Acah fashion tapi sebenarnya wa rempit,” tulisnya.

Susulan itu, ada segelintir netizen yang cuba ‘menasihati’ Sakinah mengenai soal pemakaiannya itu.

Bagaimanapun, Sakinah yang juga turut mempopularkan frasa ‘haa, tepok’ turut menerima respon itu di ruangan komennya.

Sebelum ini, Sakinah dikritik hebat netizen apabila dilihat seolah-olah mempermainkan Islam menerusi wataknya dalam telemovie itu namun pelakon itu sudah pun menjelaskan perkara tersebut.

Netizen juga beberapa kali ‘menegur’ sikap lepas laku Sakinah yang dilihat tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

IKLAN