Tular di media sosial apabila dilihat usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat telah memuat naik gambar bersama pelakon drama popular, Coffee Prince.

Sajat Temui ‘Skandal’ Baru

Sajat Temui ‘Skandal’ Baru

Dilihat juga ada video di sebalik penggambaran sebuah drama yang dilakonkan Sajat bersama pelakon kacak, Fattah Amin. Tampil sungguh anggun memakai gaun hitam dan bergincu merah!

Wow! Adakah Sajat menemui ‘skandal’ baru ke tu?

Ruangan komen di instagram Sajat juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen tidak sabar untuk melihat usahawan itu di kaca tv.

IKLAN

Perkongsian video usahawan bengkung itu telah menerima lebih daripada 121,522 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata Sajat bertuah dapat berlakon bersama pelakon sensasi itu.

Tak kurang juga yang sempat mengusik Sajat.

Sajat Temui ‘Skandal’ Baru

IKLAN

Menurut sumber, dia memegang watak kecil sebagai seorang wanita yang berkerjaya. Adegan ini menunjukkan sesi perkenalan antara Sajat dan Fattah.

“Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti,” katanya dengan nada teruja.

Namun, ini bukanlah pertama kali Sajat berlakon.Terdahulu, personaliti ini pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Ophilia pada tahun 2014.

Pasti kemunculannya walaupun singkat dalam drama bersiri tersebut, namun akan memberi impak yang besar kepada penonton.Tengoklah sekarang, belum disiarkan pun sudah hangat diperkatakan.

IKLAN

“Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini.

 

“Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon yang popular seperti Fattah termasuk Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil,” katanya.

Drama Coffee Prince ini merupakan arahan pengarah terkenal, Michael Ang yang merupakan adaptasi drama Korea lakonan asal Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Pasti Sajat kemunculan khas dalam drama kontroversi ini menjadi drama yang ditunggu-tnggu.Dari usahawan terjun ke bidang lakonan.Class!

Sumber : mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI