Categories: Uncategorized

“Saja Nak Bagi Orang Mengata,”- Beby Tora Tora Edit Tubuh Kelihatan Langsing, Pada Masa Sama ‘Basuh’ Netizen Sebab…

Share

Instafamous, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie berkongsi foto terbarunya di laman Instagramnta, semalam.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen apabila dalam foto tersebut, dia kelihatan lebih langsing. Rupa-rupanya, Atierah menggunakan aplikasi untuk mengedit bentuk badannya itu.

“Saja nak bagi orang mengata. Tak edit pun orang kata edit dh edit pun orang kata edit. Jadi takda beza ttap kena kata. Jdi dah tahu kan beza edit dengan tak hahahahaa.

“Terima kasih untuk segalanya,” tulisnya.

Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat netizen terhadap Atierah. Ada yang meminta agar instafamous itu memadam foto tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah.

Bagaimanapun, ada juga yang masih mengecamnya hanya kerana gambar edit tersebut.

Oh my! Dunia zaman sekarang ni buat apa pun salah. Apa-apapun, MH harap semoga Atierah kekal tabah dan yang penting jangan pedulikan kata-kata kejian netizen itu okay. Fighting!

Foto/Instgaram: Beby Tora Tora

IKLAN