Uncategorized

Saharul Ridzwan Jatuh Sakit Sebab Terlebih Makan Durian?

Share

Bagi penggemar raja buah, Durian pasti susah untuk menolak dari menikmati buah ini lagi-lagi bila datangnya musim Durian.

Tetapi jika dimakan secara berlebihan pula ia boleh memudaratkan kesihatan diri dan menyebabkan badan kepanasan.

Baru-baru ini MH ternampak perkongsian seorang pelakon lelaki, Saharul Ridzwan yang sedang terlantar di atas katil manakala tangannya pula disambungkan wayar untuk memasukkan air di dalam badan.

Walaupun sedang kesakitan, Ridzwan sempat menulis di ruangan kapsyen sakit itu penghapus dosa.

“Sakit tu penghapus dosa, tapi kalau sendiri cari penyakit, mcmmana? Semua sebab salah pilih kawan . ? *takde emoji derian*. ?,” tulis Saharul.

Di ruang komennya pula, rata-rata peminatnya dilihat telah mendoakan agar kesihatan pelakon ini kembali pulih seperti sediakala.

Dalam pada itu ada juga yang berkata Saharul jatuh sakit kerana terlebih makan durian.

MH doakan agar Saharul kembali sembuh seperti sediakala dan selepas ini jangan makan durian banyak sangat ya takut jatuh sakit lagi.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

IKLAN