Uncategorized

Safiey Ilias Kembali Berpakaian Ala Perempuan, Dr Syahr Musafir Minta Boikot ‘Orang Jadian’

Share

MH ada ternampak beberapa entri tentang Safiey Ilias sebelum ini, katanya Safiey telah berpatah balik dan tukar semula identiti dirinya.

Jika sebelum ini Safiey pernah mengejutkan industri kerana ingin bertaubat dan kembali ke jalan yang benar dengan meninggalkan dunia jahiliahnya, namun kini Safiey dikatakan telah menarik semula semua itu dan akui imannya naik turun melalui sebuah video live di Instagram.

Safiey secara terang-terangan memberitahu dan akui dia sebenarnya lelaki walaupun berpenampilan seperti perempuan.

Malah terbaru, Safiey telah mengejutkan orang ramai tentang kehadirannya ke sebuah klinik silikon di Thailand seperti sedang berbincang sesuatu.

Namun sehingga kini semua masih tertanya-tanya adakah benar atau hanya sekadar gimik sahaja kerana Safiey sering meminta orang ramai untuk tunggu jawapannya sehingga 31 Disember 2017.

Melihat betapa bersungguhnya dan terbuka Safiey berkongsi tentang isu jantinanya, ramai yang mula risau dan rasa bimbang jika ada yang terpengaruh dengan caranya itu.

Antara yang tampil kehadapan dan memberi pandangan adalah seorang pensyarah, pakar motivasi dan penulis di Universiti Sains Malaysia, Dr Syah Musafir yang meminta orang ramai untuk boikot ‘manusia jadian’ yang tidak sensitif dengan isu agama.

Melalui sebuah posting di Facebook, Syahr mengulas tentang isu ini dan mengatakan dia dia engan memberi komen tentang Nur Sajat kerana tidak pernah tengok apa-apa bukti tentang jantinanya.

Sebaliknya dia ingin mengulas tentang Safiey kerana terang-terangan dia adalah ‘perempuan jadian’.

Bagaimanapun Syahr lebih tertarik untuk mengulas tentang pasangan Safiey. Katanya lelaki tersebut secara fizikal memang seorang lelaki namun bagaimana dia tanpa segan silu ‘mempersembahkan’ pada dunia tentang hubunganya bersama Safiey.

“Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak?

 

“Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

 

“Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki,” tulisnya di ruangan status.

Malah, Syahr juga bertegas untuk menitik beratkan dan memandang perkara asas ini sebagai sesuatu yang penting untuk generasi yang akan datang.

“Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.

 

“Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…” tulisnya lagi.

Rata-rata atas pemerhatian kami, ramai juga yang membanjiri kata-kata dan hashtag #BoikotSafiey dan produknya di ruangan komen. Bagaimanapun, ini respond Safiey di Instagram…

 

IKLAN