Sa.Ya yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) kelima yang tersingkir pada konsert minggu kelapan yang bersiaran secara langsung, malam tadi.
Mengutip markah sebanyak 58.20 peratus, pelawak senior itu berada di kedudukan paling corot dalam kalangan bintang GV8 yang masih tinggal.
Sementara itu, persembahan meyakinkan dari Suki Low menerusi lagu You Are My Everything yang dipopularkan oleh Gunmy meletakkannya di tangga pertama senarai kedudukan markah iaitu sebanyak 78.90 peratus.
Aliff Aziz di tangga kedua dan Aweera di tempat ketiga dengan 73 peratus minggu ini.
Ads
Ikuti senarai penuh markah yang berjaya diperolehi oleh kesemua bintang seterusnya bakal meneruskan saingan ke pusingan separuh akhir minggu hadapan;
Ads
Kali ini, kesemua bintang Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Ads
Datuk Mokhzani Ismail bersama Datuk Norman Abdul Halim pula diundang sebagai juri jemputan minggu ini.
GV8 dihoskan Nabil Ahmad bergandingan dengan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengurus kepada penyanyi Nikki Palikat, Jeff Wai mengesahkan bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu terpaksa dikejarkan ke hospital pagi tadi gara-gara kurang rehat.
Jeff ketika dihubungi berkata, penyanyi lagu Pinta itu mengalami keletihan dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Dia terpaksa ditahan kerana terlalu penat dan tak cukup rehat hingga menjejaskan kesihatan. Keadaannya sekarang agak lemah tetapi masih berada dalam keadaan baik.
“Sebenarnya sejak dua minggu lalu saya nampak kesihatannya agak terganggu. Mungkin kerana tidak cukup tidur, terlalu fokus kerja dan sebagainya. Doakan semoga Nikki cepat baik,” katanya.
Nikki sepatutnya membuat persembahan di Majlis Nona Superhero Awards di One World Hotel, Bandar Utama yang dibawakan oleh Ideaktiv dan Majalah Nona malam ini.
“Mohon maaf sebab kami tidak dapat penuhi undangan untuk membuat persembahan tersebut. Doktor menasihatkan Nikki untuk dapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan komitmen kerja,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan penyanyi berkenaan di Separuh Akhir GV8 minggu ini, Jeff mengakui ada beberapa aspek yang perlu diubah.
“Sebenarnya kami sudah rancang untuk jayakan persembahan yang agak ‘meletup.’ Namun dengan keadaannya sekarang, kita cuba minimalkan seberapa yang boleh.
“Asalkan dia boleh persembahkan dua lagu tersebut dengan baik Ahad ini itu sudah memadai. Apa pun saya percaya dia tetap cuba berikan yang terbaik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan selebriti, Mila Jirin percaya hadiah majlis resepsi untuk teman baiknya, Datin Seri Heliza Helmi yang dianggarkan menelan belanja puluhan ribu, tidak boleh diukur dengan wang ringgit.
Dilangsungkan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor pada 22 Januari lalu, Mila memilih untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin Heliza dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
“Hadiah dan nilai majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.
“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” katanya yang sukses mengusahakan Bizmilla Wedding Centre.
Mila mendedahkan, pada awalnya Heliza ada menghubungi bertanya mengenai kekosongan mana-mana dewan Bizmilla untuk digunakan pada 1 Januari lalu.
“Cuma ketika itu, saya tidak syak mengenai cerita sebenar yang dia akan berkahwin. Ketika ditanya mengenai dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya beriya-iya ia diperlukan untuk majlis siapa.
“Cuma permintaan itu tak dapat dipenuhi sebab enam dewan yang ada sudah penuh. Saya pun seperti kebanyakan lain yang tidak tahu dia akan berkahwin pada tarikh itu. Jadi perbualan kami terhenti di situ.
“Selang beberapa hari, saya dikejutkan denganundangan majlis persandingannya melalui kiriman WhatsApp. Saya antara sahabatnya yang amat gembira dengan berita tu, sampai lupa nak tak tanya dengan siapa dia akan berkahwin,” katanya.
Lalu atas kasih persahabatan, Mila merealisasikan niatnya yang sudah terpendam sekian lama meski pada awal Heliza menolak cara baik hajatnya itu.
Mila turut menambah, bintang asal Terengganu itu sangat pemurah.
“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.
“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati. Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing-masing.
“Sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya.
Mengulas mengenai majlis tersebut lagi, Mila memberitahu persalinan songket yang dipakai mempelai adalah hasil pasukan Bizmilla Bridal sementara kek daripada Cakesmilla.
Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru.
Pakej perkahwinan ditawarkan bermula dengan harga RM9,900 untuk 100 tetamu. Butiran lanjut boleh dirujuk menerusi laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar berbesar hati apabila berpeluang bersaing di atas pentas sama dengan dengan komposer dan penyanyi muda cukup berbakat pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), pada Sabtu.
Meski lagu nyanyiannya, Tanpa Rela gagal lolos dalam senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), Misha yang turut menjadi komposer bersama di dalam lagu tersebut, menyifatkan apa yang dilalui menjadi pemangkit semangat untuk terus memberikan yang lebih baik selepas ini.
“Tahniah buat 12 lagu yang telah mara ke AJL 36. Alhamdulillah, semalam Kak Mitch berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita.
“Meskipun lagu ciptaan Kak Mitch bersama @szewankenobi @zhusni dan @slenfadzil tak berjaya ke AJL 36, tapi percubaan kali ini meskipun gagal, tetap akan jadi pembakar semangat yang baik untuk kak Mitch menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu.
“InsyaAllah… Doakanlah mudah-mudahan kak Mitch boleh cipta lagu yang lebih baik dan berkualiti di masa akan datang,” tulisnya di Instagram.
Bintang berusia 39 tahun itu pada masa sama turut menitipkan penghargaan buat semua pihak.
“Terima kasih buat kawan-kawan kak Mitch semua yang telah mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke Semifinal Muzik-Muzik 36.
“Terima kasih juga kepada pihak TV3 di atas platform yg diberikan untuk kami semua pertaruhkan karya-karya seni kami dari semasa ke semasa.
“Terima kasih juga kepada pihak Sony Music @sonymusic_malaysia kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan Kak Mitch utk diketengahkan. Can’t wait for AJL36. Awak sokong siapa?,” tulisnya lagi.
Semalam, 12 buah lagu berjaya layak ke AJL36 iaitu Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Purnama (Naim Daniel), Lara (Haqiem, Naim, Hael Husaini) dan Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut diumumkan termasuk Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...