Uncategorized

Rupa-rupanya Ini Sebabnya Mengapa Nora Danish Berkerusi Roda, Syukur Semuanya Beransur Pulih!

Share

Masih ingat dengan laporan kami yang mengatakan Nora Danish berkerusi roda?

BACA: 

Nora Danish Berkerusi Roda?

Jika sebelum ini Nedim ada memuat naik di Instagram dan memberitahu isterinya itu mempunyai masalah berjalan kerana berat kandungan yang dibawa Nora, baru-baru ini mStar Online ada menemu bual Nora dan bertanya apakah cerita sebenarnya.

Menurut Nora, bayi di dalam kandungannya itu agak besar dan tidak menolak kemungkinan besar juga kerana faktor usianya.

Tambahnya, disebabkan itu dia mengalami masalah tulang pinggul dan tidak boleh berjalan selama tiga minggu oleh kerana itu dia terpaksa mengharapkan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

“Mengandung pada usia sudah lebih 30 tahun agak berbeza berbanding kandungan pertama ketika usia 20an.

 

“Kandungan saya lebih besar kali ini sehingga saya alami masalah tulang pinggul dan tidak boleh berjalan selama tiga minggu,” jelasnya secara ringkas.

Terdahulu, Nora dan suaminya ada muat naik beberapa video yang menunjukan dia sedang mendapatkan rawatan ‘chiropractic’ dimana ia mampu mengatasi masalah rangka otot, seperti sakit belakang, sakit leher, sakit kepala, sakit lengan dan sakit kaki. Syukur kini Nora sudah boleh berjalan seperti biasa.

SUMBER: mStar Online

 

 

IKLAN