Pelakon, Memey Suhaiza dimaklumkan bahawa dia bakal bersalin hari ini.

Dia yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Norman Hakim berkongsi perkara itu di Instagramnya.

IKLAN

“Ok confirm nak bersalin hari ni. Sampai hospital, Dr zarina bibi check rupanya dah 5cm. Terkejut juga sebab tak rasa apa-apa sangat lagi. Sikit-sikit jer.

“Now dah tunggu kat labour room. Saya mintak maaf ye kalau saya ada salah silap samada sedar atau tidak.

“Doakan saya dan baby selamat. Terima kasih pada semua yang doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga Allah membalasnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Norman juga turut meminta doa netizen supaya dipermudahkan segala proses kelahiran anak ketiganya itu.

IKLAN

“Masa ‘macam dah time’…a mild contraction from this morning. Mohon doakan jugak untuk wifey Suhaiza Suhaimi semoga dilancarkan dan dipermudahkan proses kelahiran.

“Baby tunggu abang @danishhakim_243 balik,tu yg dia tak sabar nak keluar…Bismillah,” tulisnya.

Sebelum ini, Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, empat tahun, dan Muhammad Dikhriz Hakim, dua tahun, hasil perkahwinan dengan Memey, 30.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup bersama Abby Abadi, aktor itu dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim yang berusia sembilan tahun.

Foto: Instagram Norman Hakim & Memey Suhaiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI