Minggu lalu hangat berita di kaca TV, corong radio dan media sosial bercerita tentang rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang digeledah oleh pihak polis berhubung siasatan kes 1MDB.

Hasil daripada penggeledahan rumah yang dipercayai milik Datuk Seri Najib di sebuah kondominium mewah di ibu negara, pihak polis telah merampas 72 beg berisi wang tunai dengan pelbagai mata wang, 284 kotak beg tangan mewah, jam berjenama dan barang-barang berharga.

Baru-baru ini pelakon popular, Johan As’ari ada memuat naik satu status di laman Twitternya, meminta rumah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperiksa kerana pasti terdapat wang yang banyak dirumahnya.

‘Rumah Tun M Mesti Banyak Jugak Duit’ – Johan As’ari Minta Periksa Rumah Tun M

IKLAN

Rentetan daripada tweet Johan itu, MH dapati ramai netizen yang berang dan mula melemparkan kecaman terhadap pelakon ini.

‘Rumah Tun M Mesti Banyak Jugak Duit’ – Johan As’ari Minta Periksa Rumah Tun M

IKLAN

‘Rumah Tun M Mesti Banyak Jugak Duit’ – Johan As’ari Minta Periksa Rumah Tun M

IKLAN

Dalam pada itu, menerusi laporan Sinar Harian, Johan berkata dia mengaku bahawa dia menulis tweet tersebut.

Johan berkata dia kasihan melihat Datuk Seri Najib dan keluarganya, namun begitu dia turut memohon maaf kepada semua.

“Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” katanya ringkas.

 

“Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Sumber: Twitter Johan As’ari & Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI