Uncategorized

‘Ruffedge Saved The Show’ – Ini Komen Shila Amzah Mengenai AME2018

Share

Semalam berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018) bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan tema ‘Lit dan Legend’.

Oleh itu, kita dapat lihat ramai artis baru dan lama berkolaborasi di atas pentas yang sama serta membuatkan ramai mengimbau nostalgia lama.

Antara artis ‘legend’ yang membuat persembahan pada malam berpestij tersebut adalah kumpulan Gersang, Kool, Mas Idayu, Ito Blues Gang dan yang dinanti ramai, Ruffedge.

Kumpulan tersebut menyanyi lagu-lagu hit mereka secara medley iaitu Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu dan Khayalan.

Pada pemerhatian MH, ramai selebriti yang memuji persembahan mantap Ruffedge pada malam itu termasuklah, penyanyi, Shila Amzah.

“Ruffedge saved the show.

“Teringat zaman pergi tour dengan dia orang masa saya umur 13 tahun sebab satu record label EMI Record masa itu. Zaman fans masih hantar surat berguni-guni. Yes surat,” tulisnya menerusi laman Twitter miliknya.

Perkongsiannya itu mendapat sokongan netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut memberikan pujian pada persembahan-persembahan artis lain pada malam itu.

Mungkin itu hanyalah pendapat peribadi Shila sahaja, lagipun MH faham mereka yang pernah melalui zaman ‘Ruffedge’ sahaja faham betapa ‘lit’nya kumpulan tersebut satu ketika dahulu.

Apa-apapun, yang pasti MH terhibur dengan AME2018 semalam.

sumber: Twitter Shila Amzah

IKLAN