Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah mengadakan majlis akikah puterinya, Areesya Malaykha beberapa hari lalu.
Lebih menarik, majlis terbabit mendapat perhatian ramai apabila ia diraikan secara meriah atas rasa syukur buat kehadiran permata hati, malah turut tersedia carousel berpusing di tengah-tengah dewan.
Tampil dengan persalinan sedondon putih, Azrinaz dan suaminya, Fairos Khan mengabadikan kenangan terindah itu dengan menggunakan tanda pagar #areesyamalaykha.
Kagum dengan bakat alunan suara yang dimiliki Heliza Helmi, pelakon Lisa Surihani menjadikan wanita itu sebagai insiprasi.
Kongsi isteri kepada Yusry Abd Halim itu, Heliza bukan sahaja berkebolehan dalam menyanyi, tetapi juga suaranya sangat merdu ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran.
"Ya Allah Ya Rabb, inspirasi-inspirasi ku! My favourite sisters!! I idolise them. Terima kasih sgt sgt utk video ini.
"Bila dngar mereka membaca Al-Quran dengan merdu dan jelas, terang makhrajnya, secara tak langsung memberikan kami inspirasi utk memperbaiki bacaan kami juga.
"Thank you my dears, syukur Alhamdulillah sgt beautiful inside out insan insan ini. Selalu positif, tidak lokek ilmu, menggalakkan kami utk mencari keredhaan Allah swt, tanpa ada sifat judgmental, malah sgt humble @nurhelizahelmi @hazwanihelmi I love you both so much," puji Lisa.
Video tersebut memaparkan Heliza dan adiknya, Hazwani menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng.
Menerusi ruangan komen, dilihat Heliza turut memberikan respon terhadap perkongsian yang dilakukan juri tetap Maharaja Lawak Mega 2019 itu.
"Wallahi beliau seorang sangat sangat humble, mencintai ilmu, nak sentiasa beramal dengan ilmu, pure heart, akhlak mulia, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan kata-kata yang baik.
"Suka mendoakan kebaikan orang lain, dan banyakkkkkk lagi kebaikanmu Lisaaaa. Syukur dapat kenal dengan mu. Moga Allah pelihara persahabatan kita dunia dan akhirat. Aamiin!," komen Heliza.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan memuji kehebatan suara kedua beradik ini.
Video : Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi dan suami, Faizal Zakaria kini telah pun berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah yang turut disertai ahli keluarganya yang lain termasuk rakan pelakon, Memey Suhaiza.
Malah detik-detik keberangkatan mereka turut dikongsikan menerusi Instagram.
Menerusi salah satu postingnya sebelum ke tanah suci pula, bintang Gerak Khas itu ada berkongsi foto susu badan yang sudah sedia tersimpan dan sebelah kaki anak bongsunya, Muhammad Danial Farhan yang dilahir secara pra-matang.
Abby ada bercerita mengenai amaun susu yang diperlukan si anak selama ketiadaanya.
“Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10hari, InshaALLAH. TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama.
”Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc.
”Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH,” tulisnya.
Pada masa sama, Abby turut memaklumkan mengenai perkembangan puteranya itu.
“Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang.
”Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin,” tulis Abby sambil diiringi dengan pelbagai harapan serta doa dari para peminat.
Awal hari ini, pengarah dan pelakon Michael Ang ada melawat Emma Maembong yang terpaksa dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu kerana mengalami deman virus baru-baru ini.
Menerusi Instagram, Michael ada berkongsi perkembangan terkini pelakon terbabit selain turut mendoakan agar Emma segera sembuh.
“Salam semua. Baru lepas melawat @emma_maembongofficial kat hospital. Alhamdullilah dah bertambah sihat.
“Doa kan aje yg baik baik ok. Tak payah kutuk. Abaikan apa I ckp kat video ni Sebab kita kawan so kasar la bahasa ya. Luv u all!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...