Ads

Rosé BLACKPINK Dinobat Wanita Tercantik Dunia 2025

Anggota BLACKPINK, Rosé, terus mencuri perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai wanita dengan wajah tercantik di dunia bagi tahun 2025 menerusi senarai tahunan The 100 Most Beautiful Faces oleh TC Candler.

Pengumuman rasmi itu menyaksikan Rosé melonjak ke kedudukan nombor satu, sekali gus mencatat peningkatan ketara berbanding tahun lalu apabila beliau berada di tangga ketujuh dalam senarai sama bagi edisi 2024.

Pencapaian tersebut dianggap sebagai refleksi kepada pengaruh Rosé yang semakin kukuh dalam tempoh setahun kebelakangan ini menyaksikan beliau banyak mendapat perhatian secara global

Senarai tahunan yang diterbitkan oleh TC Candler dan disusun oleh Independent Critics itu menilai pelbagai aspek termasuk daya tarikan visual, karisma, pengaruh antarabangsa serta impak budaya pop. Ia menjadi antara penarafan kecantikan paling berpengaruh sejak diperkenalkan pada 1990.

Ads

Rosé BLACKPINK Dinobat Wanita Tercantik Dunia 2025

Sebagai vokalis utama BLACKPINK, Rosé bukan sahaja mencipta kejayaan dalam bidang muzik, malah terus mengukuhkan statusnya sebagai ikon fesyen global melalui kerjasama bersama jenama mewah antarabangsa serta kehadiran konsisten di pentas fesyen dunia.

BACA JUGA: Rosé Cipta Detik Bersejarah Di MTV VMA, Jadi Artis K-pop Pertama Menang Song Of The Year

Ads

Untuk rekod, senarai The 100 Most Beautiful Faces oleh TC Candler bersifat subjektif dan tidak mewakili penilaian saintifik, namun ia kekal relevan sebagai penanda aras budaya pop serta cerminan penerimaan global terhadap selebriti terpilih.

Berada di kedudukan kedua dan ketiga untuk senarai tahun ini ialah pelakon Amerika Syarikat iaitu Sydney Sweeney serta vokalis kumpulan BABYMONSTER, Pharita yang berasal dari Thailand.

Ads

Imbas kembali perjalanan Rosè sebelum terkenal, beliau dilahirkan di New Zealand dalam keluarga imigran yang berasal dari Korea Selatan. Kemudian keluarganya berpindah ke Australia ketika beliau berusia 7 tahun.

Bakat Rosè dikesan sewaktu dirinya berusia 15 tahun oleh YG Entertainment ketika menghadiri sesi ujibakat yang diadakan syarikat hiburan terkenal itu yang diadakan di Sydney pada tahun 2012.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ella, Alpha & Darkkey Berkongsi Pentas! Ini ‘Fun Fact’ Barisan Selebriti...

Tahun 2025 boleh disifatkan sebagai tahun yang penuh warna warni buat industri hiburan tanah air.
error: Hello. Cannot.