Kebelakangan ini, tidak dinafikan trend pengusaha bisnes melancarkan gimik atau lagu sempena Hari Raya Aidilfitri menjadi antara rangka bagi mempromosikan produk yang diusahakan.
Bagi duo pereka fesyen, Rizman Ruzaini, buat masa ini mereka memilih untuk terus memberi fokus penuh terhadap perniagaan mereka tanpa memikirkan soal gimik.
Menurut Rizman, sebagai pemilik jenama fesyen besar, mereka mahu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, terutama generasi muda.
“Kami tidak pernah terfikir ke arah itu. Pada saya, biarlah kami memakaikan busana-busana kami kepada para selebriti untuk lagu raya mereka. Biarlah mereka yang menyanyi.
“Fokus kami adalah untuk memajukan bidang fesyen. Pada kami, tanggungjawab Rizman Ruzaini ini sangat besar. Ramai anak-anak muda di luar sana yang menjadikan kami sumber inspirasi.
“Jadi, kami ingin lakukan perkara yang betul dan boleh dijadikan contoh kepada mereka,” katanya kepada MH.
Merkea berkongsikan pendapat ketika ditemui pada majlis pelancaran Pop-Up Store Rizman Ruzaini di IOI City Mall, Putrajaya, pada Sabtu.
Ads
20 Tahun Dalam Industri
Tambah Ruzaini, tempoh dua dekad dalam industri fesyen telah banyak mematangkan mereka dalam membuat keputusan.
“Ini merupakan tahun ke-20 kami berada dalam industri ini dan ia telah mematangkan kami. Setiap tindakan dan tindak balas Rizman Ruzaini itu mencerminkan diri kami.
“Jika tersilap langkah, kami akan menyesal di kemudian hari. Ia akan mencalarkan nama baik kami,” katanya.
Sementara itu, Rizman turut menjelaskan, situasi ekonomi semasa membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam merancang strategi perniagaan.
Ads
“Ekonomi di Malaysia ketika ini tidak terlalu baik dan kita tak boleh bereksperimen begitu sahaja. Jadi, kami perlu berhati-hati dalam menentukan hala tuju perniagaan kami.
“Kami tahu para peminat setia memang menantikan koleksi-koleksi kami. Jadi, biarlah kami terus berkarya dalam bidang fesyen,” ujarnya.
Pameran Khas Fesyen Ikonik
Menjelang ulang tahun ke-20 sebagai pereka fesyen, Rizman juga mendedahkan mereka bakal mengadakan pameran khas pada penghujung tahun ini.
Ads
“Sudah tentu kita akan meraikan momen tersebut. Pada penghujung tahun ini, kita akan adakan pameran bersempena 20 tahun kami dalam industri ini.
“Insha-Allah, kita akan terbangkan kembali baju Lady Gaga, Naomi Campbell, baju pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan banyak lagi busana ikonik.
“Ini antara projek yang sedang kami fokuskan ketika ini. Semua yang bercita-cita menjadi pereka fesyen dapat menyaksikan perjalanan kami selama dua dekad ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Pop-Up Store Rizman Ruzaini optimis beroperasi sepanjang bulan Ramadan di IOI City Mall, Putrajaya.
Para pengunjung juga berpeluang menikmati diskaun sehingga 70 peratus untuk koleksi baju raya Rizman Ruzaini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima kasih atas jemputan ke rumah-Mu ya Allah, Makkah Al-Mukarramah bagi hamba-Mu yang penuh kekurangan ini.
“Mekah melepasi 3 juta tetamu buat kali pertama pada malam ke-23 Ramadan.
“Syukur Alhamdulillah selesai umrah. Bella dapat bawa adik, Didi Astillah, bersama. Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.
Bella turut berkongsi pengalaman menunaikan umrah kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya.
“Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
“Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah, tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang.
“Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya,” luahnya yang turut mendoakan kesejahteraan buat semua.
“Bella turut mendoakan semua yang mengenali Bella ataupun tidak. Kebelakangan ini, Bella terima begitu banyak kasih sayang dan sokongan luar biasa.
“Never did I think in a million years that I would receive such a great amount of love and support, Alhamdulillah. Terima kasih semua,” kongsinya lagi.
Sebagai seseorang yang pernah melalui saat sukar, Bella turut menitipkan pesanan buat mereka yang sedang diuji.
“Kepada yang sedang bersedih atau berasa ‘down’, belajarlah untuk menerima keadaan dengan hati yang lapang. Inilah yang kita panggil berdamai dengan takdir.
“Sama ada kita mahu terima atau menolaknya, semuanya akan tetap berlaku, tetapi ia juga pasti akan berlalu.
“Ingatlah bahawa takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan kita, perasaan kita, sama ada kita suka atau tidak.
“Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses ‘healing’ kita, tetapi di situlah letaknya kekuatan – ketika kita cuba menjadi lebih kuat, lebih tenang, dan lebih bersedia menghadapi apa jua yang mendatang,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai ‘Mr. E’.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, sudah tiba masanya Erra kembali berumah tangga selepas sekian lama hidup sendiri.
“Jika benar perkara itu, Alhamdulillah. Umurnya juga semakin meningkat. Eloklah bersatu supaya ada yang menjaga antara satu sama lain.
“Jangan buang masa lagi. Fikirlah masa hadapan yang baik dan hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya.
Pelakon Sembilu itu berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Rumah Produksi Merah (RPM), baru-baru ini.
Dalam pada itu, Awie turut menitipkan pesanan kepada Erra agar terus melangkah ke hadapan dan membina kehidupan baru bersama pasangan yang lebih memahami.
“Berkasih sayanglah dan jagalah antara satu sama lain. Buang yang lama, mulakan hidup yang baharu. Selamat maju jaya, Erra, dan selamat pengantin baharu in advance,” katanya lagi.
Awie juga mengakui bahawa dia hanya mengetahui tentang hubungan Erra dan Mr. E menerusi media sosial, namun berpendapat mereka berdua sebagai pasangan yang serasi.
Terdahulu, hubungan Erra Fazira dan Mr. E semakin mendapat perhatian selepas usahawan tersebut mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Menurut Awie, keseimbangan dalam perwatakan mereka menjadikan pasangan ini berpotensi untuk membina rumah tangga yang bahagia.
“Saya tak tahu sangat pun, hanya tahu daripada media sosial. Lelaki itu muda lagi. Saya rasa mereka akan jadi pasangan yang okay.
“Erra pula seorang yang keras dan pihak lelaki nampak seperti lembut. Memang sesuai mereka bersama. Dalam kelembutan ada kekerasan,” katanya.
Erra dan Mr. E dilaporkan mulai rapat sejak Ogos tahun lalu, dan Mr. E sendiri telah menyatakan kesediaannya untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan terkenal, Asyraf Khalid optimis melancarkan jenama daging premium pertamanya, AK Meat, yang menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi, baru-baru ini.
Pelancaran ini lahir daripada kecintaan Asyraf sendiri terhadap daging Wagyu, yang menjadi kegemarannya sejak 15 tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di Melbourne, Australia.
“Kenapa Wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti Wagyu.
“Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging Wagyu sahaja.
“Ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya, terutamanya masakan steak. Tak kisahlah daging Wagyu itu dari Australia atau Jepun,” katanya.
Pada majlis pelancaran sama, Asyraf tidak lokek meraikan tetamu dengan hidangan steak Wagyu, membelanjakan sehingga RM30,000 bagi menjamu mereka.
Majlis ini turut dihadiri oleh ahli keluarga Asyraf termasuk ibu tirinya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, isterinya Tya Arifin, serta rakan perniagaan dan teman rapat lain.
Menurut Asyraf, penubuhan AK Meat bukan sekadar perniagaan tetapi juga satu cara untuk berkongsi nikmat daging Wagyu kegemarannya dengan masyarakat.
“Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.
“Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran, tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah.
“Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana,” ujarnya lagi.
Asyraf turut berterima kasih kepada rakan niaganya, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, serta pasukan DAEM yang banyak membantu menjayakan impiannya.
Selain menawarkan produk daging premium, Asyraf menegaskan bahawa AK Meat kini bersedia untuk menjadi jenama pilihan utama dalam pasaran daging premium di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...