Sedang mengerjakan umrah di Mekah ketika ini, Dira Abu Zahar ada berkongsi rasa menjejakkan kaki ke tanah suci tanpa kehadiran ibu dan arwah ayah di sisi.
Tahun keenam Ramadan tanpa arwah bapa, Dira mengenang kembali peristiwa bapanya kehilangan selipar ketika mengerjakan ibadah.
“Ayah… Dah 6 kali Ramadhan tanpa ayah.
“Dulu dtg Mekah buat umrah ayah ada.
“Ingat lagi, selipar ayah hilang, balik hotel kaki ayam. Org Tanya kenapa,ayah senyum je jawab selipar kene curi. Hahaa.
“Buat saei, ayah buat dgn cucu, Shahideen. Dukung, kelek, papah, heret pun ada si budak Gemok tu. Ayah je larat layan dia Sbb masa tu umur dia 10tahun. Mcm2 perangai dia. Ayah je larat layan Sbb sayang betul ayah dgn cucu yg sorang ni.
Istimewa penghias muka depan MH bersempena dengan bulan Syawal yang bakal menjelang, kami tampilkan seorangmanis berwajah bujur sirih, Fatin Afeefa.
Tidak dinafikan selain penampilannya yang menarik seiring bakat lakonan, setiap gerak-geri sosok kecil molek ini sering mendapat perhatian peminat yang sekali gus ‘memancing’ mata ramai.
Lantas, tak hairanlah seandainya apa sahaja yang dilakukan ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata menjadi buah mulut.
Perkahwinan yang dibina pada 21 Disember 2013 bersama pelakon, Adam Shaaz gagal apabila mereka disahkan berpisah pada 30 Mei 2017 lalu.
Bagaimanapun, pasangan selebriti itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia, 4.
Terdahulu, Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian yang kini berusia 7 tahun.
Bagaimanapun, Fatin selesa dengan status sedemikian dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pengganti.
Selesa Status Ibu Tunggal, Mahu Fokus Pada Anak-Anak
“Sebenarnya status ibu tunggal bukan senang untuk dibawa. Sebab orang akan sentiasa anggap golongan ini seperti ‘desperate’ untuk dapat suami dan saya bukanlah jenis macam itu.
“Dengar sahaja status janda, mesti orang dah set kan pada minda, kami ni jenis nak suami oranglah atau benda-benda lain yang negatif.
“Senang cerita, apa yang kita buat, semua akan jadi salah disebabkan status kita yang sebegitu,” jelas Fatin.
Lalu, Fatin lebih senang untuk ‘butakan mata’ dan ‘pekakkan telinga’ sahaja apabila dicemuh persepsi sedemikian.
“Mereka tak akan nampak benda baik yang kita buat. Sebaliknya, apa yang mereka tahu ialah golongan ini mahu ambil suami orang, walau hanya segelintir yang berpendapat begitu.
“Saya jenis yang tak kisah mereka nak cakap apa pun. Sekarang ini, saya fokus untuk mencari duit untuk anak-anak dan selagi saya tak kacau siapa-siapa, insyaAllah rasa saya buat yang terbaik,” katanya jujur.
Terima Banyak Komen ‘Nakal’ Dari Lelaki!
Ditanya mengenai media sosialnya pula, bintang ini memberitahu dia banyak mendapat pesanan daripada netizen khususnya kaum Adam.
“Saya akui saya banyak terima DM (Direct Message) dari peminat terutama kaum lelaki.
“Ada juga yang komen merepek, komen lucah dan saya rasa baik saya abaikan dan tekan button decline. Bila saya refresh, pasti akan masuk DM baru balik.
“Kadang-kadang mereka ini saja nak main-main. Malah, ada juga yang hantar DM. Katanya, mereka sedia jadi papa kepada anak-anak”, jelas Fatin lucu.
“Apapun, saya ada minta pembantu untuk tapis semua DM dan serahkan padanya untuk kawal apa yang patut.
“Hanya perkara melibatkan kerja sahaja, saya akan bagi respon,” kongsi Fatin.
Suka Lelaki Tinggi
Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya pula, ini jawapan jujur Fatin.
“Buat masa ni saya tak terfikir lagi nak kahwin dan tak ada perasaan pun nak kahwin lagi.
“Cuma kalau ditanya pada saya perihal ciri-ciri lelaki idaman, rasanya saya suka lelaki tinggi.
“Jadi kalau saya rendah, bakal suami saya pun rendah, anak-anak pun terikut sama.
“Sekurang-kurangnya biarlah anak ikut ciri-ciri ‘ayah baru’ mereka untuk jadi tinggi.
“Selain itu, saya pun boleh melekap kat bahu kalau tengah bersedih atau penat balik kerja,” katanya berseloroh jika ditakdirkan dengan suami berfizikal tinggi untuk perkahwinan kedua kelak.
Tak Tentukan Hari & Masa Untuk Bekas Suami Jumpa Anak-Anak
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Hari Raya Aidilfitri akan tiba. Fatin juga turut berkongsi soal persiapan rayanya sekeluarga tahun ini.
“Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sebab keluarga semua ada sini dan giliran saya dengan Ivy, sebab tahun lepas dia dengan papa dia,” kata Fatin bersyukur.
Tambah Fatin, dia dan bekas suaminya tidak mempunyai masalah dalam hak penjagaan anak-anak kerana masing-masing saling berkomunikasi dan bersikap matang.
“Dia akan ambil apabila ada masa. Sebab selalunya anak-anak akan ada sentiasa dengan saya.
“Kami masing-masing ada persetujuan untuk menjaga anak-anak. Kalau dia free atau tamat waktu bekerja, dia boleh ambil anak.
“Saya tak ada nak tentukan hari dan masa untuk dia jumpa dengan anak-anak sebab kami ada persetujuan. Bagi saya, hak anak tak perlu gaduh, yang penting harus bersikap profesional dan sentiasa berkomunikasi untuk kebaikan anak-anak,” akur Fatin.
o Penyelaras: Sara Sufia, Nurmalia & Aizam Manaf o Teks: Amynur Akmal o Foto : Yanti Saharuddin o Video: Mazlan o Arahan Seni: Mazlan & Yanti Saharuddin o Solekan & Dandanan: Nadia Nordin o Pakaian Fatin Afeefa: Jovian Mandagie & Petra o Pakaian Adam Aisy Arrian: Jovian Mandagie & Pokoks o Pakaian Ivy Herra Sophia: Pokoks
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Sajat kesal apabila rumah pembantu peribadinya, Mokkay dirompak sedangkan sistem keselamatan di kediaman berkenaan itu cukup ketat.
Berkongsi rakaman kejadian sewaktu pihak polis datang melakukan siasatan, dia turut meluahkan rasa apabila penjenayah melakukan aktiviti di bulan Ramadan.
“Sedih nya… rumah @mokkay_ dan @diamonds_isabella_official kena rompak!!!
“Takut nya… kenapa boleh mcm ini!!! condo nak naik lift pun kena guna kad,nak masuk punya lah susah!! tetapi boleh pulak kena rompak!!!
“Memang tak faham!!! dah ketat dari segi kawalan,tetap kena rompak!!!!,” jelasnya.
“Rumah Mokkay kena rompak dengan kak Syer. Teruk tau,I naik jerawat memikir Kesian. Perompak jahat. Habis semua Kita akan ambil tindakan undang-undang ya. Memang kita ambil tindakan undang-undang.
“Memang hantu dah kena ikat tapi manusia tak boleh ikat. Perangai macam hantu. Kesian kak Syer. Sabarlah,” katanya menerusi video yang dimuat naik.
Dalam pada itu, penyanyi Makhluk Penggoda ini turut mendedahkan barangan yang hilang ketika rompakan.
Mempersoalkan sistem keselamatan di kediaman pembantu peribadinya itu pula, netizen membuat andaian bahawa kes yang berlaku mungkin dari kalangan penghuni sama.
Foto : Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengakui Ramadan tahun ini merupakan satu kelainan ketara sementelah bergelar anak seni, kesibukan kerjaya membuatkannya terpaksa atur masa di antara seni serta aktiviti ibadah sepanjang ramadan.
Ulas Adam Lee ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2019 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur,baru-baru ini, jadual aktiviti harian terlalu sibuk sehingga sukar melaksanakan solat terawih.
“Ramadan tahun ini rasa dukacita sebab ada ketika kurang dapat laksanakan terawih macam sebelum ini.
“Memang betul pilihan di tangan sendiri. Tapi ia semuanya terletak dalam diri. Macam saya, kena ubah diri. Perlu banyak belajar, buat yang terbaik,” ulasnya kepada MH.
Akur nama masih terlalu mentah dan sukar bersaing dengan nama besar, namun dia rela perjalanan seni bergerak perlahan.
Malah, bintang tinggi lampai ini turut menegaskan tidak sekali-kali menggunakan kontroversi untuk dikenali.
“Prinsip masuk dalam industri, memang orang kata susah sebab ada benda yang kita tak boleh buat. Kita kena jaga batas dan kenal diri.
“Jangan lakukan sembarangan, jangan lakukan benda tak sepatutnya. Kita ikut landasan yang betul.
“Ramai yang menggunakan kaedah kontroversi panasa untuk cepat naik, tapi rezeki Allah luas. Saya bukanlah baik sangat, Islamik sangat.
“Cuma bagi saya, hanya jadi diri. Kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf. Ada yang tak suka, mulut orang kita tak boleh tutup,” tambahnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...