Uncategorized

Rimas Ditanya Soal Jantina, Nizam Rahman Tegaskan Dia Lelaki!

Share

Nama Nizam Rahman bukanlah nama yang asing lagi di kalangan pengguna media sosial.

Sering menghasilkan video-video lucu dan viral, kini Nizam setanding dengan individu-individu popular di media sosial.

Mula popular sejak meniru gaya-gaya selebriti tempatan melalui aplikasi Dubsmash, kini Nizam mula beranikan diri dengan membuat iklan-iklan digital yang cukup kreatif.

Selain terkenal dengan jalan cerita yang menarik, Nizam juga terkenal dengan watak Ramona yang sering dibawa olehnya.

Ini antara videonya yang mendapat perhatian

 

 

 

Namun apabila terlalu serasi dengan watak tersebut. Ramai netizen yang mula mempersoalkan apakah jantina sebenar Nizam sehinggakan dia mula rimas dan tertekan dengan soalan-soalan sebegitu.

Melalui sebuah video, Nizam menjelaskan segala isu dan menegaskan dirinya adalah lelaki bukannya perempuan.

Malah dia juga membuktikan dia mempunyai halkum, cukup kukuh untuk membuktikan jantina sebenarnya.

Bukan sekali tetapi dua kali video seperti ini di muat naik di Instagram.

Malah lebih melucukan, di video kedua instafamous ini turut memberitahu ada pihak yang meminta gambar bogel untuk buktikan jantinanya.

Haishhh macam tu sekali???

Namun dia menganggap perkara ini sungguh tidak masuk akal dan melampau serta engan melayan permintaan seperti ini.

Mungkin kerana lihat Ramona terlalu cantik, sebab tu ramai yang konfius. Suka tengok video-video lucu nizam a.k.a Kak Ramona, memang menghiburkan!

IKLAN