
Ramai orang memiliki impian, namun tidak semua yang berani untuk merealisasikannya.
Menerusi drama terbaharu, Suara Sunyi di Subuh, watak Black digambarkan bukan sekadar seorang rider biasa.
Sebaliknya, watak ini diinspirasikan daripada perjalanan seni penyanyi, Black Hanifah yang memulakan langkah dari bawah sebelum dikenali ramai.
Lebih menarik, drama ini turut menggunakan lagu Ramadan Black sebagai antara lagu utama, sekali gus menjadikan perjalanan watak Black terasa lebih dekat dan realistik.
Drama Suara Sunyi di Subuh menampilkan barisan pelakon Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar dan Hanna Halim dalam kisah penuh emosi tentang rasa bersalah, tanggungjawab dan peluang kedua.


Keberanian Mengejar Impian
Sementarq itu, Sharil pula membuat keputusan berani apabila melepaskan jawatan stabil sebagai pengurus pejabat demi membuka bengkel motosikal sendiri.
Ia dianggap sebagai satu langkah yang dianggap ‘gila’ oleh sesetengah orang.
Namun, keputusan tersebut membuktikan bahawa mengejar minat dan cita-cita sering menuntut pengorbanan besar.
Apabila bengkel Sharil hampir gulung tikar, Black tampil membantu dengan menggunakan rangkaian komuniti rider untuk mendapatkan alat ganti penting.
Sebagai balasan, Sharil memperkenalkan Black ke sebuah studio rakaman profesional.
Peluang tersebut menjadi ruang pertama buat Black menghantar demo ke uji bakat nyanyian yang berpotensi mengubah hidupnya.
Mesej Tentang Maruah & Status
Dalam dunia yang sering memandang rendah terhadap pekerjaan tertentu, drama ini menyampaikan mesej yang jelas iaitu maruah dan impian tidak ditentukan oleh uniform atau jawatan.
Drama terbitan Mantayay Sdn Bhd ini mula ditayangkan pada 19 Februari 2026 di TikTok dan Instagram @terpalingcerita, dengan dua episod baharu disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Untuk rekod, Mantayay telah mengumpul lebih 600 juta tontonan menerusi drama-drama digital terdahulu, termasuk Terpaling Menantu dan Terlanjur Nikah.
Ia sekali gus meletakkan produksi ini antara penerbit drama TikTok paling berpengaruh di Malaysia ketika ini.


Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




