Ads

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Selepas lapan minggu membuktikan kemampuan serta mempamerkan kualiti sebagai pendakwah berkaliber, anak jati Sungai Petani, Anas, akhirnya dinobatkan sebagai juara sulung program realiti dakwah, Mualim Muda, bulan lalu.

Kemenangan tersebut membolehkan Anas atau nama sebenarnya Anas Mokhtar membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, trofi, kontrak duta Apcel Cafe dan Rocketfuel Entertainment, serta dilantik sebagai duta Astro Oasis.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!Bukan calang-calang, bapa kepada enam cahaya mata inimemiliki kelulusan Sarjana Pengajian Islam (Feqah) dari University Mu’tah, Jordan, selain berkhidmat sebagai mutawif yang menyebarkan ilmu di Tanah Suci.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Dengan tagline ‘Sebarkan Ilmu, Semoga Bermanfaat’, Anas membuktikan komitmennya bukan sekadar kata-kata apabila berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran seawal usia 12 tahun!

Namun, di sebalik pencapaian akademik dan kejayaan di pentas televisyen, perjalanan hidupnya turut diuji.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Anas pernah berdepan hakikat sukar apabila kehilangan tiga adik-beradik akibat talasemia.

Bagaimanapun dalam usaha memperluas akses ilmu kepada masyarakat, dia bangkit dengan menghasilkan dua kitab talaqqiiaitu Kitab Tahsin Al-Quran dan Kitab Bahasa Arab Bil Quran.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!Tiga Finalis Turut Menyerlah, Cipta Inspirasi Tersendiri

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Amar: Dari Asnaf ke Usahawan Buku Antarabangsa

Bergelar naib juara Mualim Muda Amar membuktikan bahawa jiwa muda dengan visi yang jelas mampu mengubah takdir kehidupan, disusuli doa dan usaha yang berterusan.

Ads

Amar merupakan lulusan Sarjana Pengajian Islam Syariah dari Universiti Hadhramaut, Yaman dan membawa tagline ‘Jiwa Muda, Misi Besar’.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga ialah pengasas dan CEO jenama penerbitan BeDaie.

Platform tersebut berkembang pesat sehingga buku-buku terbitannya terjual di 25 negara, termasuk mempunyai cawangandi Indonesia dan Amerika Syarikat.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Lebih mengagumkan, Amar pernah berada di titik paling bawah apabila dikategorikan sebagai asnaf.

Kini, dia bukan sahaja bergelar usahawan berjaya, malah pernah membayar zakat sehingga RM160,000, satu simbolik perubahan hidup yang luar biasa!

Ads

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Luqman & Ashraf: Dakwah Konsisten, Energi Tanpa Henti

Luqman yang menduduki tempat ketiga pula dikenali dengan pendekatannya yang tenang dan sederhana dalam membahaskan sesuatu isu.

Merupakan lulusan Sarjana Pengajian Islam Syariah dari Darul Mustafa, Tarim, Yaman, Luqman kini berkhidmat sebagai guru agama (Guru Takmir).

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Tagline yang dibawanya adalah ‘Ilmu Disemai, Iman Dituai’, sekali gus mencerminkan prinsip perjuangannya.

Selain aktif mengajar di kelas ilmu dan masjid, Luqman turut mengusahakan sebuah restoran di Negeri Sembilan.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Ads

Ruang belakang premis tersebut dijadikan tempat mengajar ilmu agama kepada penduduk setempat, membuktikan bahawa dakwah tidak memerlukan pentas besar, sebaliknya konsistensi.

Sepanjang bergelar pendakwah, Luqman juga pernah membantu lebih 10 individu memeluk Islam, termasuk satu kisah viral yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Sementara itu, pemenang tempat keempat, Ashraf atau nama sebenarnya Muhammad Ashraf Abdul Rahman ini memiliki Diploma Bahasa Arab dari Markaz Nile, Mesir serta Ijazah Ulum Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Selain aktif sebagai mutawif, Ashraf juga ialah usahawan ternakan lembu. Minatnya dalam taranum terserlah melaluisuara merdu yang mencuri perhatian.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Ashraf turut terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan termasuk jualan pakaian, barangan umrah dan pelaburan hartanah.

Di media sosial, dia mempunyai lebih 355,000 pengikut di TikTok, menjadikan platform tersebut sebagai medium dakwahdan perkongsian mengenai bisnes yang diusahakan.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi! Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!Sepanjang lapan minggu siaran Mualim Muda sebelum ini, para peserta diadili oleh barisan juri tetap iaitu Kazim Elias, Kamilin Jamilin dan Neelofa.

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Masih Cuba Perbaiki Diri…,” – Dikritik Tudung Singkat & Busana...

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali terbuka untuk menerima apa sahaja bentuk teguran, termasuk yang berkaitan dengan pemilihan fesyennya.
error: Hello. Cannot.