Bagi yang sudah menonton filem Crazy Rich Asians, kebanyakkan daripada anda pasti mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan mewah seperti Nick Young dan Rachel Chu bukan?

Sama seperti individu lain, pendebat viral, adik Sarrah Salihan turut berhasrat untuk mengadakan perkahwinan mewah satu hari nanti dan jika hajatnya itu tidak kesampaian, dia rela memilih untuk tidak berkahwin.

IKLAN

“Sorry if my wedding is not as magical as the wedding scene in Crazy Rich Asians then I’d rather not marry,” tulisnya.

Ternyata tweet tersebut telah menarik perhatian ahli politik, YB Nurul Izzah untuk memberikan pandanganya mengenai perkara tersebut.

IKLAN

“Better a lifetime of love, my darling, than a glitzy affair, albeit fleeting in its effect. Weddings should be a union of hearts, and little else,” jelasnya.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu memberi tahu, mendapat kasih sayang sepanjang hayat adalah lagi bermakna daripada memiliki sebuah perkahwinan mewah.

Tambah YB Izzah, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi hari penyatuan banyak hati dan bukan sebaliknya.

IKLAN

Terdahulu, Sarrah merupakan salah seorang daripada ahli pasukan bahas Sekolah Seri Puteri yang viral tidak lama dahulu kerana kehebatannya memainkan peranan sebagai Perdana Menteri ketika menjuarai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-45 selepas menewaskan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) bagi kategori Bahasa Inggeris.

Foto Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI