Pelakon Anna Jobling, sanggup menjerut leharnya sendiri sehingga sukar bernafas demi menjayakan salah satu babak cemas menerusi filem seram Indonesia, Lembayung.
Menurut Anna, dia rela mengambil risiko tersebut bagi memastikan babak tersebut kelihatan jelas dan realistik.
“Saya sanggup melakukan babak tersebut dan tidak berasa takut. Ketika penggambaran, ada lebih 100 kru produksi di belakang kamera.
“Mereka yang mengawal tali jerut itu juga ramai. Pihak produksi mengambil masa yang lama untuk bina set tersebut supaya ia benar-benar selamat. Mereka juga sangat pakar.
“Babak tersebut tidak memakan masa yang sama. Jadi, saya tahu cara nak menahan nafas agar babak itu nampak nyata. Ketika dijerut, saya memang tak dapat tahan nafas.
“Bila penggambaran dihentikan, mereka lepaskan tali itu dan saya boleh bernafas. Di bawah juga ada orang yang akan sambut kaki saya,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran program Dewi Remaja 2018/19 itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam gala filem Lembayung yang berlangsung di Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara pada Selasa.
Ads
Katanya lagi, dia juga mahu membuang stereotaip yang mengatakan dirinya hanya sekadar pelakon yang menjual rupa semata-mata.
“Saya buat filem ini untuk tunjukkan kepada semua orang bahawa saya bukan sekadar pelakon yang hanya mampu bawa watak wanita cantik, ayu, baik dan dramatik sahaja.
“Sebaliknya, saya juga mampu membawa watak yang berbeza. Bila membawakan watak hantu, saya tak mahu terlihat cantik. Saya nak watak ini betul-betul jadi seperti hantu.
Ads
“Jadi, proses untuk menghidupkan watak dan menentukan penampilan dalam filem ini sangat lama. Saya juga memakai kanta lekap yang membuatkan penglihatan hilang 90 peratus,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah berdepan pengalaman mistik sewaktu penggambaran filem Lembayung, ini perkongsian Anna;
“Saya ada diganggu tapi bukan di set penggambaran. Sebaliknya, ketika saya pulang ke villa selepas penggambaran. Saya dan pengurus telah ditindih ketika sedang tidur.
Ads
“Kami bangun dan berzikir bersama sehingga kami berasa selesa. Bila bangun pagi dan saya bertanya insiden itu kepada pengurus, dia tak ingat apa-apa.
“Jika dengar cerita ini, mungkin kalian tak rasa apa-apa tapi ketika itu, saya memang dapat rasa suasana yang sangat seram,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan pengarah dan pelakon terkenal di Indonesia itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Disember ini.
Selain Anna, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Arya Saloka, Daffa Wardhana, Yasamin Jasem dan Taskya Namya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Anna Jobling
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap tahun jenama majalah popular antarabangsa, People, akan mengeluarkan senarai panjang pencalonan lelaki paling seksi sebagai persediaan untuk mencari pemenang seterusnya.
Setelah diadili dan menerusi pengamatan sepanjang tahun, gelaran tersebut telah sebulat suara diberikan kepada pelakon, penulis dan pengarah, John Krasinski.
Menariknya, jejaka berusia 45 tahun itu itu berjaya mengalahkan nama-nama besar lain seperti Jonathan Bailey, Sebastian Stan, Austine Butler dan ramai lagi.
Saat mengetahui dirinya menang gelaran itu, John dalam temubual bersama majalah popular tersebut menyatakan rasa tidak percaya dan terkejut.
“Terus rasa seperti blackout sebenarnya. Selain terfikir, adakah saya sedang diperdayakan?
“Saya tidak pernah bangun pagi dengan memikirkan, adakah hari ini saya akan dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi? Anda benar-benar menaikkan standard untuk saya,” ucapnya.
Memulakan kerjayanya dalam dunia seni sejak berusia 21 tahun. John bermula sebagai seorang pelatih industri bagi rancangan bual bicara popular Late Night with Conan O’Brien.
Namun begitu, dia hanya menceburkan diri dalam dunia lakonan selepas tamat pengajian di universiti dengan berjinak-jinak sebagai pelakon tambahan dan model komersial.
Kerjayanya melonjak tinggi apabila membintangi siri komedi The Office sebagai watak utama dan itu menjadi titik tolak dirinya mengembangkan bakat sehingga berjaya duduk di kerusi pengarah.
Merupakan suami kepada pelakon Emily Blunt, pasangan yang berkahwin pada 2010 ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian terkini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Intagram pada Khamis, pantas menjadi sorotan netizen apabila dia mempelawa aktres, Nur Fazura untuk sama-sama berduet.
Menerusi video pendek yang dimuat naik, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mendengar sedutan persembahan secara langsung Fazura yang menyampaikan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, baru-baru ini terlebih dulu sebelum menyatakan hasrat tersebut.
“Not bad lah. Suara awak sedap sangat Fazura. Jom kita berduet.
“Saya rasa kalau awak berduet dengan saya, bakat awak lebih terserlah dan kita akan meletop bersama,” katanya.
Malah Aliff turut menyatakan kesesuaian sekiranya dia dan bintang filem Pisau Cukur itu bersatu di dalam lagu.
“Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan saja kat Malaysia, malah di serata seluruh dunia.
“Mari kita tunjukkan bakat kita bersama-sama,” katanya lagi sambil menyatakan pujian kepada ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi kapsyen.
“Syabas suara awak unik dan sedap, bagi saya suara itu adalah universal. Sedap jer saya dengar.
“InsyAllah boleh pergi jauh, Siapa setuju sila komen. Lagu raya tahun ni mungkinkah?” tulisnya.
Menijau ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan netizen dan setakat ini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 3,000 tanda suka disusuli dengan ratusan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota Senario dan pelakon, Lan Pet Pet, bakal berhijrah ke Madinah, tahun hadapan bersama keluarganya.
Lan, atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 55, pada masa sama turut berhasrat mahu dikebumikan di Perkuburan Baqi, iaitu tanah perkuburan yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi.
Maklum Lan, dia sepatutnya berpindah ke Madinah, tahun ini tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya itu bagi memenuhi permintaan balu Allahyarham Hamdan supaya terus bersama Senario.
“Ikutkan saya ke Madinah tahun ini, tetapi isteri arwah Hamdan, Norhamalini Ahmed minta saya terus bersama Senario bagi menjaga ukhuwah dan silaturahim kami.
“Jadi, saya tangguhkan perancangan ini, insya-Allah saya dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah bersama keluarga minggu depan dan kami akan ‘riki’ apa yang patut di sana.
“Cita-cita sejak kecil memang nak tinggal berhampiran dengan Rasulullah. Saya tanya isteri adakah bersedia dikebumikan di Madinah jika umur tak panjang?
“Bila isteri kata setuju, saya tak mahu tangguhkan lagi. Insya-Allah, ada rezeki saya akan bawa isteri dan anak-anak berhijrah ke sana. Bagaimanapun, kami akan kerap berulang-alik,” katanya, petik Berita Harian.
Terdahulu, Lan bersama ahli Senario telah menganjurkan majlis doa selamat sempena kejayaan mereka meraih trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.
Menurut Lan lagi, dia akan menguruskan hotel dan restoran milik Al Maliki Group, malah visa sudah pun diuruskan syarikat.
Bagaimanapun, kata Lan, kerjayanya di Malaysia tetap berjalan seperti biasa dan akan berulang-alik Madinah dan Kuala Lumpur.
“Insya-Allah, kerjaya bersama Senario akan tetap berjalan seperti biasa, kalau ada undangan saya akan balik ke sini.
“Saya sudah penat buat ulasan makanan dan restoran kerana terpaksa berlari ke sana-sini.
“Di usia sekarang apa lagi yang ingin saya kejar? Saya hanya ingin dekatkan diri dengan Allah dan Rasul. Saya bersyukur dipertemukan dengan orang betul,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...