Uncategorized

Reen Rahim Tak Terlibat Hubungan Lesbian, Sedang Jalin Hubungan Dengan Mr. AR

Share

Menafikan dirinya lebih meminati kaum sejenis (lesbian), akhirnya pelakon Reen Rahim mengakui dirinya sedang diulit bahagia bersama jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. AR. Kongsinya, dia sudah lebih setahun mengenali lelaki termasuk dan hubungan mereka turut diterima baik keluarga masing-masing.

Malah Reen turut berkongsi beberapa foto mereka bersama menerusi Instagram baru-baru ini.

“Sebelum ini ramai kata saya ‘lesbian’ kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang individu bernama Mr AR,” akuinya seperti yang dilaporkan Astro Gempak.

Ditanya mengenai sejauh mana hubungan di antara mereka, pelakon drama Geng Tadarus ini menambah, mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Kami dalam proses mengenali satu sama lain, telah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Malah setakat ini, kami masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan usia pengenalan kami baru setahun,” kongsi Reen yang kini popular menerusi siri seram, SuriRam di Astro Maya.

Terdahulu, Reen bersama barisan selebriti lain seperti Erra Fazira dan Fasha Sandha ditemui media pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache’s, Seksyen 26, pada Jumaat.

Foto: Instagram Reen Rahim

IKLAN