Pelakon Scha Elinnea menyifatkan isu bau badan di set penggambaran sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila melakukan babak di lokasi luar yang terdedah.

Katanya, dia sendiri pernah berhadapan situasi sebegitu, namun memilih untuk bersikap profesional dan tidak menegur secara terbuka.

Realiti Bau Badan Situasi Normal, Scha Elinnea Takkan Tegur! Sanggup Tahan Hidung – “Tak Semua Boleh Terima Teguran.”

“Pada saya, masalah bau badan ini normal tapi kita tak boleh nak cakap badan orang lain berbau.

“Memang wujud masalah bau badan di set dan saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi itu lebih-lebih bila jalani penggambaran di luar dan ketika cuaca panas.

“Namun, apa yang kita boleh buat? Takkanlah kita nak tegur pula. Kita tutup hidung dan tahan sahajalah. Kita jadi profesional sahaja,” katanya kepada MH.

Ads

Scha berkata demikian ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week yang berlangsung di Astana Hall, Bamboo Hills, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah Scha, dia tidak mahu mengganggu keharmonian set penggambaran atau menyakiti perasaan sesiapa.

Realiti Bau Badan Situasi Normal, Scha Elinnea Takkan Tegur! Sanggup Tahan Hidung – “Tak Semua Boleh Terima Teguran.”

“Saya tidak akan menegur. Saya akan bekerja seperti biasa. Bila berehat atau tiada penggambaran, saya akan buat hal sendiri.

Ads

“Tak semua orang boleh terima teguran. Nanti orang sakit hati dan tak maafkan kita pula,” kongsinya lagi.

Profesionalisme Diutamakan

Walaupun berhadapan dengan cabaran tersebut, Scha tetap meletakkan tanggungjawab kerja sebagai keutamaan.

Realiti Bau Badan Situasi Normal, Scha Elinnea Takkan Tegur! Sanggup Tahan Hidung – “Tak Semua Boleh Terima Teguran.”

“Kalau saya fokus masalah itu sahaja, nanti kerja saya sendiri tak jalan. Banyak lagi hal yang perlu difokuskan. Saya takkan letakkan ia masalah nombor satu.

Ads

“Nanti bermasam muka pula dengan rakan pelakon. Jadi susah nak bekerja. Baulah macam mana sekali pun, saya okay sahaja. Nak buat macam mana? Manusia tak sempurna,” ujarnya.

Scha bagaimanapun turut menegaskan, kebersihan diri amat penting baginya, lebih-lebih lagi ketika bekerja di luar.

“Kalau saya pakai minyak wangi, saya akan sembur dari kepala hingga kaki. Setiap kali tukar baju, saya akan sembur minyak wangi.

“Saya takut kalau orang tak selesa dengan saya. Saya nak bau minyak wangi saya ini sentiasa ada dengan saya. Saya pentingkan kebersihan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads