
Penyanyi yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. (Raydiates), Rayme Zainal mengumumkan penganjuran festival makanan dan gaya hidup terbesar di Lembah Klang, iaitu Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 buat kali pertama sempena sambutan Hari Malaysia dan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025.
Festival ini akan menghimpunkan hampir 300 lot niaga yang merangkumi pelbagai kategori termasuk makanan, minuman, fesyen, kraf, dan produk gaya hidup.
Ia akan berlangsung selama lima hari bermula 12 September 2025 di perkarangan parkir Stadium Nasional Bukit Jalil.
Festival ini dianjurkan oleh Raydiates bersama Foodie Media (KL Foodie) milik pempengaruh terkenal, Pinn Yang, dengan kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) bagi menyokong Hari Usahawan Negara.
“Anjung Malaysiaku X Foodie Fiesta 2025 bukan sekadar festival makanan, ia adalah platform untuk mengangkat usahawan tempatan dan mempromosikan budaya Malaysia.
“Selain itu, ia juga dilihat mampu merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dan masyarakat bersempenan sambutan Hari Malaysia dengan sokongan dari Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC),” kata Rayme dalam satu kenyataan.

Tarikan Utama Pengunjung
Rayme turut memaklumkan, lot niaga adalah terhad mengikut kategori dan hanya ditawarkan kepada peserta atau usahawan yang mendaftar awal.
“Kerjasama strategik dengan Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) 2025 memberikan nilai tambah kepada penganjuran itu kerana ia menghubungkan terus peserta dengan peluang perniagaan, jaringan usahawan dan akses pasaran yang lebih luas,” tambah Rayme.
HUN 2025 yang bertemakan Usahawan Nadi Negara, dijangka menjadi platform mega menghimpunkan ribuan usahawan, inovator, dan pemain industri dari pelbagai latar belakang, bidang dan skala perniagaan.
Ia turut menyajikan pelbagai aktiviti seperti pameran perniagaan tempatan dan antarabangsa, forum dan perkongsian bersama ikon industri, pertandingan inovasi dan pitching pelaburan dan jaringan perniagaan serta peluang kolaborasi.
Mengulas lanjut, Rayme berkata festival ini turut mengetengahkan kelainan dengan menampilkan sesi Live Podcast bersama figura terkenal tanahair, demonstrasi masakan secara langsung selain penglibatan aktif pempengaruh media sosial.
Kesemua ini dijangka menjadi tarikan utama berikutan festival berlangsung ketika cuti panjang hujung minggu empat hari, susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menetapkan 15 September sebagai cuti umum tambahan bagi meraikan Hari Malaysia.
“Namun orang ramai tidak perlu bimbang kerana selain terdapat kemudahan stesen LRT untuk ke sana, terdapat banyak tapak parkir kenderaan disediakan di sekitar kawasan bagi menampung pertambahan jumlah pengunjung,” ujar Rayme.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan pakej lot niaga dan pendaftaran boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi festival berkenaan.
@mediahiburanofficial Penyanyi ini pernah dicadangkan buat parodi pakai baju macam Aina Abdul, tak rela nak buat bila kenangkan orang tua dekat kampung. Rayme Zainal yang kini muncul dengan lagu Close To You pernah viral sebab suara merdu, muka pula iras Roslan Shah #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




