Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin meluahkan rasa syukur dengan kehidupanya kini dan memohon doa semua agar perniagaanya, dapat memberi manfaat sama kepada orang sekeliling.
Malah, suri hati kepada aktor kacak Aeril Zafrel ini juga mendedahkan bahawa hidupnya kini serba cukup dan sudah tiada apa lagi yang mahu dikejar di dunia. Tumpuan Wawa kini lebih terarah kepada mengejar melakukan amal soleh untuk persiapan menghadapi akhirat.
Tiada Apa Lagi Yang Dikejar Di Dunia Ini – Wawa Zainal
“Impian Wawa untuk ada kereta dan rumah, alhamdulillah dah tertunai. Hidup kalau mewah sangat pun Wawa takut sebab risau ada yang terkesan bila tengok lifestyle atau posting kita di media sosial. Wawa ada kereta ke apa bukan niat menunjuk.
“Kami start bisnes kecil-kecilan sekitar tahun 2017 dari situ dapat beli rumah agak besar dan tak percaya sampai mampu beli tanah lot banglo.”
Ads
“Wawa tak ada apa lagi benda nak kejar, dah ada segalanya. Alhamdulillah boleh beli apa je. Wawa nak staf Wawa hidup senang boleh beli kereta mereka nak, leaders dan resellers berterusan rezekinya.
“Orang bahagia, Wawa bahagia. Memang jujur cakap, alhamdulillah Wawa dah ada semuanya berkat doa orang. Jadi, masa untuk bantu orang pula,” ujar penerima Nona Online Entrepreneur Award pada Nona Superwoman Award 2022.
Ujian Masa Lalu, Pengalaman Berharga Untuk Terus Maju!
Enggan mendabik dada dengan kurniaan rezeki dari Ilahi, Wawa sentiasa berpijak di bumi nyata dan menjadikan ujian masa lalu sebagai panduan untuk terus melangkah maju mendalami selok-belok perniagaan.
“Waktu saya mula berniaga macam-macam dugaan terpaksa saya tempuh antaranya kena tipu dengan individu yang kononnya ada kilang OEM dan mereka mark-up sampai kami beli dengan harga yang sangat mahal. Paling terkesan, ratusan ribu ringgit duit kami ‘hangus’ begitu sahaja kerana terpedaya dengan orang tidak bertanggungjawab.
Ads
“Kami juga diuji apabila wujud pemikiran skeptikal segelintir pihak terhadap produk niaga artis yang dikatakan produk timbang kilo. Jadi, kami perlu meraih kepercayaan pelanggan yang bahawa produk Wawa Cosmetics ini berkualiti.
“InshaAllah Wawa Cosmetics akan mengecapi kejayaan demi kejayaan dengan doa dan restu. Bagi saya, ia sebenarnya berkait rapat dengan doa suami, keluarga dan amal jariah. Walau ada ketika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal, kena cari di mana silapnya. Mungkin kita ‘kekurangan’ dari segi rohani.
“Saya pun masih dalam proses memperbaiki diri dan buat benda yang boleh jadi magnet rezeki salah satunya dengan bersedekah serta buat kebaikan membantu orang dalam kesusahan. Saya percaya kebaikan ini akan memudahkan perjalanan kita. Apabila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudah urusan kita.”
Tambah Wawa, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa menyokong minat isteri.
Ads
“Semua wanita yang dapat sokongan sepenuhnya dari suami, bisnes mereka makin berkembang maju. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kejayaan ini adalah kerana sokongan daripada suami sendiri dan saya tidak pernah rasa ia milik saya seorang. Saya rasa kalau suami tiada di sisi, saya tidak akan sampai ke tahap ini.
Dialah tulang belakang saya. Kadang saya rasa sedih, dialah yang akan bagi semangat. Jangan ada perasaan bahawa duit bisnes yang dapat ini milik kita seorang. Jangan sesekali ada sekelumit pun perasaan terbeban itu. Sebaliknya, tanam perasaan yang duit itu adalah duit bersama dengan keluarga.
Bila ada perasaan negatif akan timbul rasa ego dan perasaan ego tersebut mendorong untuk merendah-rendahkan suami. Bila ia terjadi, rezeki susah hendak berterusan. Kita kena anggap rezeki ini berkat doa suami dan saling berusaha,” jelansya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina antara pasangan yang telah ‘membuka mata’ ramai dengan kisah hijrah mereka.
Masing-masing masih hidup harmoni dan pada masa sama cuba menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Lalu menerusi perkongsian video Zayan My mengenai penghijrahan Noh, vokalis Hujan ini mengakui kini lebih aktif dalam aktiviti kemanusiaan.
“Saya rasa kehilangan masa bersama keluarga disebabkan muzik dulu.. jadi sekarang ni dah bahagikan masa muzik 20 hingga 30 peratus sahaja.. Selebihnya adalah untuk santai dengan keluarga.
“Lepas kahwin baru perasan, saya kena slow down untuk muzik yang banyak show sana sini dan saya rasa baik habiskan masa dengan keluarga, bersedekah dan sebagainya,” kata Noh.
Juga, Noh turut berkongsi kisah di awal perkahwinannya bersama Mizz Nina sekitar November 2010.
“Lepas kahwin, Nina ajak pergi melancong, saya dulu padahal berduit masa kumpulan Hujan, tapi tak terfikir pun nak pergi melancong, berehat tepi pantai macam tu..
“Tapi sebenarnya benda tu reflect balik kehidupan. Fikir sekejap apa tujuan Tuhan letak saya di posisi ni.
Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh mendedahkan bahawa Nina telah mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.
“Saya kahwin dgn Nina saya dah percaya dia 100 peratus yang dia akan buat sesuatu yang baik.
“Dia yang guide saya. Selama ni orang percaya saya berjaya mengubah Nina, jawapannya tidak! Sebenarnya dialah (Nina) yang mengubah saya.
“Kalau dia tak ada, mungkin saya lebih teruk. Hisap dadah dan sebagainya,” kata Noh berseloroh.
Ikuti perkongsian kisah hijrah Noh dan Mizz Nina di video di bawah :
Sumber : Youtube Zayan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui terharu apabila mendedahkan ada peminat cilik seawal usia lapan tahun turut meminati barisan lagu popularnya.
Lebih 33 tahun berada di dalam industri seni, tiada apa yang mampu menggembirakan hatinya apabila berjaya menawan hati peminat pelbagai peringkat usia.
“Sejujurnya saya tidak sangka sebabnya mereka ialah daripada generasi hari ini, sementara saya pula memulakan kerjaya pada era 90-an. Namun saya ada peminat dalam golongan muda dan juga kanak-kanak.
“Saya masih ingat, ada yang pernah datang kepada saya beritahu ‘aunty saya minat aunty, saya nak bergambar’.
“Saya tertawa dan pada masa sama bersyukur kerana generasi baharu pun kenal siapa Ziana Zain, malah ada yang lebih muda dari anak-anak saya sebenarnya,” katanya.
Penyanyi lagu Bersama Akhirnya ini berkata demikian ketika ditemui pada sesi khas bersama media sempena Ziana Zain Konsert 2024.
Bercerita lanjut mengenai konsert yang bakal berlangsung pada 21 Mei depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur itu, Ziana memberitahu dia bakal menyampaikan 20 buah lagu secara penuh.
“Boleh dikatakan kesemua lagu yang bakal dipersembahkan nanti ialah pilihan ‘Zianafolks’ dan saya akan nyanyikan lagu-lagu pilihan secara penuh dan bukan medley.
“Secara asasnya, koleksi lagu berkenaan menceritakan perjalanan hidup seorang Ziana Zain itu sendiri. Zianafolks bersama saya lebih tiga dekad dan mereka tahu kisah saya. Jadi malam nanti kita akan berhibur bersama-sama,” katanya lagi.
Malah Ziana membuat persembahan secara eksklusif tanpa artis undangan.
“Saya mahu momen ini sangat bermakna buat peminat setia dan nak sampaikan lagu yang semua orang tahu. InsyaAllah saya janji akan berikan yang terbaik pada malam itu nanti,” katanya.
Sebanyak 80 peratus tiket sudah pun terjual dan pelbagai aktiviti turut disusun menjelang konsert itu nanti termasuk Sesi Eksklusif Bersama Ziana Zain, Ahad ini selain Birthday Bash Ziana Zain pada 5 Mei depan.
“Sesi latihan juga sedang berlangsung dan alhamdulillah berjalan lancar. Doakan saya sihat dan semua dipermudah.
“Mengenai baju dan penampilan, semua itu nantikan didedahkan pada malam konsert nanti,” katanya mengenai konsert tajaan CSA Academy itu.
Ziana Zain Konsert 2024 menyaksikan syarikat diasaskan Ziana, iaitu Ziana Zain Network Sdn Bhd bekerjasama dengan Anuar Zain Network, manakala Altus ProHouse dilantik sebagai pengurus konsert.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti terkenal, Erra Fazira tidak menafikan dia memang sudah meninjau beberapa dewan acara, namun belum membuat sebarang tempahan untuk apa-apa majlis.
Menurut Erra atau nama...