
Wakil Amerika Syarikat, Yolina Lindquist, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul mahkota Miss Cosmo 2025 pada pentas akhir pertandingan ratu cantik antarabangsa itu yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam, malam tadi.
Pertandingan edisi kedua ini menyaksikan penyertaan lebih 70 peserta dari seluruh dunia, sekali gus membuktikan peningkatan ketara dari segi skala dan minat global terhadap pertandingan yang menampilkan gabungan kecantikan, budaya serta impak sosial itu.
Yolina Lindquist diumumkan sebagai juara selepas menewaskan puluhan peserta lain dalam saingan yang berlangsung sengit dan kompetitif. Kejayaan tersebut turut menandakan kemenangan pertama negara itu sejak Miss Cosmo diperkenalkan pada 2024.

BACA JUGA: Chloe Lim Cipta Sejarah Peribadi, Dinobat Miss Universe Malaysia 2025!
Tempat kedua pula menjadi milik wakil Filipina, Chelsea Fernandez, yang turut menyerlah sepanjang pertandingan menerusi persembahan konsisten dalam segmen peragaan busana, soal jawab serta pembentangan advokasi sosial.
Sepanjang pertandingan, para peserta diuji melalui beberapa segmen utama termasuk busana kebangsaan, busana gaun petang dan sesi soal jawab yang menuntut kebijaksanaan serta keupayaan menyampaikan pandangan mengenai isu global dan peranan wanita dalam masyarakat moden.
Sekadar info, Ini bukanlah pertandingan pertama disertai Yolina sebalinya beliau pernah mewakili Southern Illinois di pertandingan Miss Illinois USA 2023 dan berjaya meraih tempat keempat. Beliau kemudiannya kembali bertanding sekali lagi dalam Miss Illinois USA 2025 dan muncul sebagai naib juara.

Sementara itu, wakil Malaysia, Rieyka Lee, tidak berjaya melangkah ke peringkat Top 21, sekali gus menyaksikan tahun kedua berturut-turut Malaysia terkandas di pertandingan Miss Cosmo, meskipun penampilannya sebelum ini mendapat perhatian peminat ratu cantik antarabangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




