Akaun Instagram Meletop ada memuat naik sebuah tweet viral daripada seorang individu menjelaskan bahawa wanita cantik di Malaysia ini kebanyakannya berasal dari negeri Perak, Selangor, Johor dan Sabah.
Meski sedia dikenali sejurus menyertai Mentor, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim tidak menganggap itu sebagai satu kelebihan yang dimiliki dalam pertandingan Big Stage 2020 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Malah, penyanyi kelahiran Kulim, Kedah ini memberitahu, dia tidak meletakkan dirinya di zon selesa dalam program realiti nyanyian berkenaan.
“Bukan senang nak jadi juara, sangat tertekan. Jadi saya akan buat yang terbaik, tak kisah lah dapat nombor berapa pun yang penting saya nak sampai final itu sahaja. Tak juara pun tak apa.
“Tidak dinafikan dalam banyak-banyak peserta saya yang paling dikenali, banyak peminat, dan paling banyak pengikut.
“Jadi saya takut sekiranya terjadi apa-apa pada saya di pentas Big Stage, automatik saya akan jatuh, malu dan sebagainya.
“Apa-apa pun saya kena kerja kuat dalam pertandingan ni,” katanya.
Di samping itu, penyanyi berusia 23 tahun ini menjelaskan, dia tidak berasa bimbang sekiranya menerima komen negatif selepas ini.
Malah penyanyi lagu Aku Yang Bersalah ini percaya kepada rezeki.
“Benda dah rezeki kan? Kalau orang nak cakap macam tu cakap lah. Nak buat persembahan macam biasa dah tak boleh sebab PKP jadi dengan Big Stage ini saya dapat rezeki saya.
“Rezeki masing-masing dan saya positif sahaja,” jelasnya lagi.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada sidang media Big Stage 2020 yang di The Starling Mall, Damansara.
Big Stage 2020 turut menampilkan komposer terkenal Ajai, penyanyi Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah sebagai juri professional.
Disamping itu, selebriti terkenal Michael Ang, Caprice dam Neelofa bakal dilantik sebagai presiden netizen yang berperanan mengadili persembahan peserta bersama juri professinal
Semua peserta bakal berentap selama 8 minggu secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 16 Ogos depan, setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, para selebriti yang mempunyai anak remaja yang menginjak dewasa turut sama menerima tempias populariti ibu dan bapa masing-masing, apabila sering memuat naik foto menerusi akaun Instagram mereka.
Malah, ada di antaranya yang kini mulai berjinak-jinak dalam dunia seni.
Pada masa sama, wajah mereka juga turut dikatakan mewarisi ketampanan atau kecantikan ibu bapa mereka.
Jadi, MH kongsikan senarai anak lelaki selebriti yang tampan, jadi perhatian ramai orang!
Anak sulung kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ini mulai mencuri tumpuan warganet kerana sering memuat naik ‘ootd’ fesyen di samping penampilan fizikalnya yang sasa.
Pemuda ini dilahirkan pada 28 September 1996 dan pernah meraih pujian ramai apabila berjaya memperolehi keputusan cemerlang kesemua mata pelajaran A menerusi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 lalu.
Azhar Sulaiman mempunyai tiga orang cahaya mata, termasuk sepasang anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Chempaka Emalin Pahamin.
Kini menginjak usia remaja, pasangan kembar berkenaan turut mendapat perhatian kerana ketampanan dan kecantikan mereka.
Malah setiap kali pelakon senior itu berkongsi foto bersama anak terunanya, pasti pengikut akan memuji ketampanan anak lelakinya itu.
Remaja itu juga turut mempunyai akaun Instagram sendiri dan setakat ini, akaun berkenaan sudah pun mempunyai hampir 39,000 pengikut.
Mungkin ramai yang belum tahu, penyanyi legenda, Nash turut mempunyai seorang anak lelaki yang tidak kurang tampannya.
Malah, remaja yang meminati sukan bola sepak ini sedang mengejar impian untuk bergelar pemain profesional suatu hari nanti.
Lebih membanggakan, dia turut mendapat perhatian dan dilamar akademi bola sepak, FC Malaga City. Sebelum ini, Aniq merupakan salah seorang pemain untuk belia UiTM FC dalam saingan liga tempatan.
Walaupun terpaksa 'invest' untuk masuk akademi FC Malaga City, tapi bukan senang nak terpilih. Akademi FC Malaga City juga antara platform terbaik untuk menyertai kelab terbaik di Eropah. – Aniq Asri. pic.twitter.com/RkL0PCSvSJ
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 20, 2020
4. Aaron – Anak Azah Aziz
Anak sulung kepada aktres popular 90-an, Norazah Aziz, iaitu Aaron juga pernah menjadi tular di Malaysia dek ketampanan yang dimiliki pemuda itu.
Berusia 24 tahun, Aaron mencetuskan sensasi di kalangan pengguna media sosial negara ini apabila dikatakan mempunyai iras penyanyi antarabangsa, Enrique Iglesias.
Selain Aaron, Azah turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Brian, 17 dan Justin 14 tahun hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Daud Leroy Abdullah.
Juara program Mentor Milenia ini juga turut aktif dalam dunia lakonan dan ternyata darah seni yang itu hadir dari bapanya yang sedia dikenali sebagai pelakon versatil di negara ini.
Bintang muda berusia 22 tahun ini dilahirkan pada 6 Mei 1998 dan pengikut Instagramnya kini sudah pun hampir mencecah 95,000 pengikut.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.