Pelakon Zarina Zainuddin pada Selasa memilih untuk memadam hantaran di Instagram sebelum ini susulan luahannya yang dibuat selepas menerima kritikan dari individu yang tidak dikenali.
Menurut Zarina, dia mengambil keputusan berkenaan selepas berpandangan apa yang dilakukan tidak boleh memuaskan hati semua orang.
“Maaf saya terpaksa delete post yang semalam. Rasa macam sombong dengan Allah pulak bergaduh macam tu. Saya pun tak kenal dia, dia pun tak kenal saya.
“Dia main agak-agak jer dia rasa dia tak suka, dia komen. Bila saya fikir fikir kan itu pendapat dia. Dah laa biarlah.
“Saya memang tak dapat nak puaskan hati semua orang sebab kehidupan kita berbeza. Cara kita tak sama. Semuga Allah ampunkan saya kerana tak dapat kawal nafsu marah saya,” tulisnya.
Menepati frasa ‘beauty with brain’, pencapaian akademik penyanyi dan pelakon Dr Soo Wincci begitu membanggakan ramai.
Bagaimanapun, Wincci menerusi satu sesi langsung bersama Institut Perbankan Islam dan Kewangan Malaysia (IBFIM), baru-baru ini menegaskan bahawa mempunyai pendidikan tinggi saja tidak mencukupi sekiranya tidak dapat melakukan tugasan kerja dengan baik.
“Jangan fikir ia (pendidikan) hanya untuk kebanggaan semata-mata. Jika anda pelajar kelas pertama sekali pun tapi tidak tahu bagaimana untuk berikan khidmat terbaik, maka itu tidak berguna.
“Sebab itu saya selalu sebut pada diri untuk dapatkan apa saja ilmu tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang hebat itu bukan saja ada pendidikan tinggi, tapi dia juga boleh bekerja untuk perkara itu dan mempunyai pelbagai kelebihan lain,” katanya.
Memiliki pelbagai kelulusan memudahkan dirinya berhijrah ke luar negara untuk memberikan khidmat berkaitan, namun selebriti cantik berusia 37 tahun ini lebih senang untuk terus menabur bakti di Malaysia.
“Ada yang bertanya kepada saya kenapa balik semula ke Malaysia selepas sudah pergi jauh (belajar di luar negara). Saya jawab, ini adalah tujuan saya untuk kekal di sini dan tak ada sebab untuk menunjuk-nunjuk.
“Jika tidak ada sesiapa yang mahu kembali berkhidmat kepada negara, maka siapa yang akan pertahankan negara kita. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh bukan hanya untuk dapatkan ganjaran wang semata-mata,” katanya.
Wincci kini berkhidmat sebagai pensyarah muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Miss World Malaysia 2008 itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom, tiga sarjana, iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia); Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).
Anak kelahiran Selangor itu juga berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.
Lebih membanggakan, Wincci mencipta rekod Malaysia apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dr Soo Wincci
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rapper dan usahawan, Caprice mendedahkan rumah tangganya sekali lagi diuji apabila isterinya, Farra Inalis didakwa telah terkena gangguan sihir sehingga jatuh sakit dipercayai akibat perbuatan khianat individu tertentu.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, perkara ini sebenarnya sudah berlarutan sejak tujuh bulan yang lalu.
Katanya lagi, dia sudah pun berikhtiar dengan pelbagai cara namun, individu berniat jahat itu dikatakan masih lagi belum serik.
“Sebelum ni Cap fikir, selepas kahwin confirm ujian akan lagi kurang. Behind all the smiles, filters, and videos sebenarnye the past 7 months Cap melalui banyak benda baru yang kita kena manage dan cuba bantu isteri pulak.
“Dah berape kali ustaz datang berubat dia. Baru-baru ni ada pula tiga orang yang berani call dia tengah malam dan ganggu,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Takut itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram pada Selasa.
Tambah Caprice, hal ini sebenarnya membuatkan dirinya penat lebih-lebih lagi selepas seharian bekerja.
“Cap tak tahu kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri. I’m really tired to be honest. Nak hadam business 9 am-10 pm, lepas tu sambung dengan benda bukan-bukan sampai 3am-4am. I need help,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Caprice dan isterinya.
“Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka kena tahu yang perkara ini akan dibalas di akhirat.
“Hanya Allah mampu bantu dan selain tu usaha pun boleh .
“Semoga dipermudahkan urusan dan keluarga Cap sentiasa dilindungi dari perbuatan khianat jahat aniaya manusia. Doa orang teraniaya ni Allah dengar dan pantas termakbul. Semoga terhindar dari kejahatan dan kesengsaraan dari hati manusia-manusia yang dengki.
“Orang yang juat selalu diuji. Semoga terus diberikan kekuatan dan letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Caprice dilihat menggenggam erat tangan isterinya sambil diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Baru-baru ini pula, Caprice mendedahkan isterinya sering mendapat gangguan mesej daripada individu yang tidak dikenali.
Sekadar informasi, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga mereka pada November tahun lalu.
Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Caprice & Farra Inalis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin memberitahu anak perempuannya, Putri Nor Dahlia telah selamat mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang didudukinya, pagi Khamis.
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin tetap menyatakan rasa syukur meski anak perempuannya tidak berjaya memperolehi keputusan yang sangat cemerlang.
“Okey apa pun Putri alhamdulillah, ini bukan satu pengakhiran dunia. Tak dapat lah 11A, okey tak apa Mama tak ‘pressure’ pun. Ini cuma satu permulaan, jadi mari terus kedepan,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Hanya Satu ini pada masa sama menasihati ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memberi sokongan kepada anak meski tidak berjaya memperolehi keputusan cemerlang.
“Jadi kepada ibu bapa di luar sana jangan lah negatif dan tolong beri sokongan kepada anak-anak kita apa pun kerjaya yang dia lakukan.
“Kita doa yang terbaik, InsyaAllah doa ayah dan ibu itu ada berkatnya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Namun, Allahyarham Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.
Selepas itu, Nora turut kehilangan anak lelakinya, Muhammad Syakir Alif Johan yang disahkan telah meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 Disember 2019.
Kemudian, Nora mengesahkan telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli, sekitar bulan Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk berhijab selepas terkesan dengan nasihat daripada sahabat baiknya, Ustaz Izhar Ariff sebaik dia tersedar daripada ditidurkan akibat komplikasi pembedahan lutut.