Uncategorized

“Rasa Lagu Tu Jadi Terlalu Stress Macam Bawa 30 Lagu,” – Sebab Amelina Menangis Live di GV5 Selain…

Share

Persembahan peserta Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina telah membuktikan kebolehanya menyanyikan genre lagu balada berjudul Segalanya Pasti di pentas GV semalam.

Melihatkan perkara tersebut, Amelina tampil bersemangat sehingga mengalirkan air mata menyanyikan lagu dari penyanyi asal Aidil Agil.

“Kak Long nagis sebab terlalu stress untuk pertandingan. Jangan terlalu pandang mudah dalam pertandingan macam ni.

“Mana nak pandang kamera, nak bawak lagu tu dengan karakter dan emosi semua,” katanya kepada MH sejurus selesai konsert GV di Dewan MBSA, Shah Alam. 

Tambah plantun lagu Ah Rindu itu juga, dia sedikit tertekan ketika menyetai pertandingan yang dibarisi penyanyi-penyanyi hebat lain.

“Rasa satu lagu tu jadi terlalu stress macam bawak 30 lagu. Masa konsert tu, Along terlalu stress sbb kaki dah shaking, tu yg sampai tersujud macam tu sekali” ujarnya lagi. 

Bagaimanapun, Amelina antara peserta yang mengungguli kedudukan tertinggi semalam dengan undian juri sebanyak 81.8%, diikuti Farawahida 72.6% dan Noryn Aziz yang berjaya mengumpul 70.6%.

Ini dia sedutan temu bual bersamanya yang diambil menerusi FB Live MH.

IKLAN