Awal semalam, pelakon Mira Filzah ada memberi ruang buat para peminatnya untuk bertanya mengenai apa sahaja menerusi aplikasi Ask Me Question menerusi Instagram.
Pelbagai soalan telah diutarakan peminat dan dijawab ringkas Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-32 ini.
Bagaimanapun, antara soalan yang menarik perhatian adalah apabila pelakon Sweet Dreams ini ditanya sama ada adalah dia rasa ‘sayang’ atau tidak untuk tanggalkan solekan sebelum mengambil wuduk.
Ads
“Pernah tak rasa sayang nak buang makeup before nak ambil wuduk?,” tanya salah seorang pengguna media sosial.
Lalu ia dijawab ringkas Mira.
Ads
“Tak. Rasa lagi sayang kalau solat tu tak sah bila tak buang makeup betul-betul before ambil wudhuk,” jawabnya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Mira baru sahaja muncul menerusi single terbaru Caprice, Baby Sayang dan muzik video lagu berkenaan sudah pun boleh ditonton menerusi YouTube.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berkongsi perkembangan terkini anak bongsu, Muhammad Danial Firman Faizal yang kini mencecah usia 17 hari, Abby Abadi menerusi posting terbaru di Instagram ada mengimbas saat dirinya bersalinkan bayi lelaki yang sinonim dipanggil Baby D itu.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan, dia melahirkan Baby D selepas mengalami tumpah darah.
“Baby tepat2 24minggu. Terpaksa keluarkan sbb pagi Jumaat 27/9 2kul 9am Sy tumpah darah (video ni hilang kepala sbb nampak tgn kita. Baju hospital pendek).
“Ikutkan hari khamis & berterusan sampai mlm jumaat tu Sy minta balik sbb dah 4mlm di ward Sy sgt tertekan. Tidur wad luar berhari2 dah buat Sy takut (Sy ni pengecut sbnrnya takleh tidur camtu sbb tu mengelak masuk hospital).
“1st time masuk Hospital kerajaan, bila masuk rupanya payah nk keluar. Dorang punya jaga pergh!
“Kebetulan juga Sy baru kenal Dr Yusrina, bacaan BP pulak huru hara… mmg payah betul beliau nk lepaslkan saya.
“Bayangkan malam ke 5 Sy tidur ward biasa, ber 6 masa tu. Separuh nyawa dah Sy rasa sbb terpaksa bertahan tidur tepi bilik airrr. Siang ok tidur sbb senang nk gi bilik air, bila malam.
“Tangan Sy masuk hari ke 5 tu pun bengkak2 dah dua2 sbb tak tahan sakit kena pam (sbb nk dptkan bacaan BP) Setiap 15min.. pastu bila ok, setiap 30min. Sudahnya kembung bengkak.
“Bukan tangan je bengkak, hatipun dah bengkek masa tu sampai takleh nk dpt bacaan dah malam Jumaat sblm tumpah darah tu huhu,” tulisnya.
Bintang Gerak Khas itu turut menjelaskan, dia ke bilik air sejurus diminta petugas hospital bagi mengambil ujian urine sebelum berlaku tumpah darah secara tiba-tiba.
“Tak lena tidur Sy malam tu.. tp tertidur juga. Subuh terbangun. Solat. Pastu tertidur balik. Tiba2 kul 9am Doc dtg utk cek, nurse minta urine, Sy pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah darah melimpah. Aduh.. terasa2 mcm Baby dah takde.
“Sy bgtau Doc yg bertugas waktu tu.. sekali dgn Dr Yusrina ada juga pagi tu. Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatspp suami.. bgtau tumpah darah, suruh suami @jaiezzany dtg sbb tiba2 doc kata kena terus operate.
“Terus Sy di bawa turun ke bilik operation. Tak tunggu2 dah sbb uri dah terpisah dari baby Doc kata. Sampai bawah suami tak sampai lagi sbb Sy tahu jalan jem pagi tu. Sy dah lama tak nangisss, terrrnangisss sedihhhh.
“Mcm2 ada dlm kepala. Paling worst, Sy takut Sy padam terus sbb doc ada bgtau salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sgt adalah kalau baby tak meninggal, maknya yg meninggal.
“Sempat whatsp pesan pd suami mcm2, suami nangis2 dah, 10.15/1030am cmtu operation bermula.. 1045 am keluar Baby dah. Sy kul 1pm baru dibawa naik ke wad 6B,” jelas bintang Gerak Khas ini panjang lebar sambil disusuli dengan tanda pagar #bersambung.
Kira-kira dua tahu lalu, Abby juga pernah dilaporkan mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Pelakon dan usahawan itu turut sama mendedahkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama suami, Faizal Zakaria.
Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinan terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang mulai mendapat perhatian selepas muncul menerusi single duet Rahsia Kita bersama Khai Bahar, Fatin Husna telah pun selamat bertunang dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Luqman, 12 Oktober lalu.
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak selain sahabat handai itu dimaklumkan bintang berusia 23 tahun itu menerusi Instagram.
“Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil kecilan antara keluarga terdekat sahaja. In shaa Allah pada pertengahan bulan 12 Saya akan bernikah.
“Semoga semua urusan di permudahkan dan doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang, InsyaAllah amin,” doanya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan berita gembira itu, para peminat rata-ratanya mendoakan agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila serta mengharapkan yang terbaik buat keduanya.
Terdahulu, Fatin atau nama penuhnya Fatin Husna Ibrahim turut sinonim dengan beberapa buah lagi lain, antaranya Terlepas Cinta dan Kau Berubah.
Foto: Instagram Fatin Husna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas anggota Kool, Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool mendedahkan, tidak menyertai program Gegar Vaganza (GV) musim keenam kerana menyertai tabligh.
Malah, dirinya juga tidak lagi menjadi anggota kumpulan itu sejak tahun lalu.
Zack menerusi Harian Metro menjelaskan, dia cuba mencari kehidupan yang lebih baik dengan mendalami ilmu agama.
“Sebelum rancangan itu (GV) berlangsung, saya ada menerima jemputan namun terpaksa menolaknya.
“Buat rakan tercinta iaitu Riot dan Hairee, teruskanlah kehidupan seperti biasa dan jangan sesekali meninggalkan solat,” katanya seperti yang dipetik.
Zack bagaimanapun menjelaskan, biarpun dirinya sudahmenyertai kumpulan agama sejak awal tahun ini, namun itu tidak bermaksud dirinya mengasingkan diri daripada dunia seni.
Katanya, dia baru sahaja menjawakan drama berjudul Setiaku Di Sini bersama A Aida Production.
“Meniti penghujung usia, saya mahu berkarya melalui cara Islamik,” terang Zack yang turut menambah, seorang lagi anggota Kool, Jay kini menjaga bapa mentuanya yang sakit di Lendu, Melaka.
“Ini dunia baharu dan setakat ini, saya sudah keluar di tujuh lokasi untuk berkongsi ilmu agama termasuk Langkawi, Kuantan, Ipoh dan Johor Bahru,” akuinya.
Sementara itu, Zack juga memaklumkan dia juga sudah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Januari lalu.
Foto/Sumber: Harian Metro/Instagram Zack
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian pengarah dan pelakon tersohor, Rob Reiner, bersama isterinya, Michele Singer Reiner, yang ditemui meninggal dunia di kediaman...