Anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana atau lebih dikenali sebagai Rita tampil memberikan pandangannya berkaitan isu perlaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan dimansuhkan di negara ini.

Katanya, dia memohon agar sesetengah pihak memahami derita yang dialami oleh ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang, sekiranya terbabit dalam kes berkaitan.

“Rasa dulu keperitan kami…barulah nak buat keputusan nak hapuskan hukuman mati atau tidak,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang bersetuju dengan kenyataan Rita itu.

“Rasa Dulu Keperitan Kami Barulah….,” – Cetusan Rasa Rita Sosilawati Bila Ada Cadangan Hukuman Mati Dimansuhkan. Anda Masih Ingat Tragedi Menimpanya? “Rasa Dulu Keperitan Kami Barulah….,” – Cetusan Rasa Rita Sosilawati Bila Ada Cadangan Hukuman Mati Dimansuhkan. Anda Masih Ingat Tragedi Menimpanya? “Rasa Dulu Keperitan Kami Barulah….,” – Cetusan Rasa Rita Sosilawati Bila Ada Cadangan Hukuman Mati Dimansuhkan. Anda Masih Ingat Tragedi Menimpanya?

IKLAN

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua pembantunya berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain.

Mahkamah bagaimanapun, membebaskan dan melepaskan tertuduh ketiga, R.Matan kerana kekurangan bukti terhadapnya.

IKLAN

Pathmanabhan dan tiga pembantunya, T.Thilaiyalagan, R.Kathavarayan dan Matan dituduh dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pegawai bank Noorhisham Mohamad dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 8.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Foto/Instagram: Rita Sosilawati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI