Nampaknya kes membabitkan Watie atau nama sebenarnya Watie Sadali dan Hana Elite masih lagi tidak menemui noktah.

Memetik Harian Metro, suami Watie, Zulkilfi Daud atau Joey mendakwa bahawa isterinya akan membuka semula kes tuntutan saman membabitkan Hana berikutan merasakan dirinya teraniaya.

Rasa Diri Teraniaya, Watie Elite Buka Semula Kes Tuntutan Saman

IKLAN

“Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

“Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

“Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini,” katanya ketika ditemui di program Fit Hasil anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berlangsung di Akademi Percukaian Negara di Bandar Baru Bangi.

Terdahulu, Hana memenangi kes saman terhadap Watie pada Oktober tahun lalu setelah Watie gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kereta pada tahun 2015.

Justeru itu, Watie diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang untuk membayar sejumlah RM112,000 dengan bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum 30 November tahun laku serta baki RM2,500 sebulan bermula Januari hingga Mei 2018.

IKLAN

Bagaimanapun, baru-baru ini isu ini timbul semula apabila Hana mendakwa Watie masih belum membayar jumlah yang diperintahkan mahkamah.

IKLAN

Sementara itu, kata Joey lagi bahawa isterinya tidak mampu untuk membuat bayaran seperti yang diperintahkan mahkamah.

“Sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu. 

Pihak kami sudah berusaha untuk menyelesaikan kes itu secara baik dengan Hana sebelum ini. Saya hanya serahkan kepada Allah S.W.T siapa yang betul dan salah dalam kes ini. 

“Saya percaya ramai yang tahu cerita sebenar. Kami sudah berusaha untuk selesaikan kes ini cara baik tapi pihak sebelah sana yang tidak boleh terima,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI