Uncategorized

“Rasa Cantik, Handsome, Lawa..Walau ‘Kayu’ Cubalah Audition,”- Noorkhiriah

Share

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie memberikan tips buat mereka yang ingin menjadi artis menerusi laman Instagramnya, semalam.

Dia sebenarnya menjawab menjawab soalan peminat menerusi aplikasi ‘Question’ di Instagram memberikan tips yang ‘padu’ kepada mereka yang ingin bergelar artis.

” Nak jadi artis? tips? okay… kalau rasa cantik, hansdome, lawa, walaupun kayu, walaupun kelaut, trylah pergi audition, yg penting cantik boleh jual.

 

“Lepastu time ada job seronoklah, time xde job, kuyup,” katanya.

Ternyata perkongsian Noorkhiriah itu mendapat perhatian netizen, malah ramai yang mengatakan bahawa jawapannya itu sangat ‘win’.

Malah, ada juga yang meminta agar pelakon drama Nur itu turut ‘tag’ individu-individu yang berkaitan.

Pada MH, mungkin Noorkhiriah cuma bergurau namun terselit juga makna tersurat dan tersiratnya.

Yalah, sebagai salah seorang pelakon senior dalam industri dan pernah berhempas-pulas belajar dari bawah untuk sampai ke tahapnya sekarang, tentulah Noorkhiriah ingin melihat industri terus bersinar dan bukannya dipenuhi dengan mereka yang hanya ‘muka cantik’ sahaja kan?

Apa-apapun, memang pedas ‘statement’ Noorkhirah itu, harapnya jangan ada yang terasa pula ya!

Foto/Instagram: Noorkhiriah

IKLAN