Uncategorized

Ranking GV5 Minggu Kelima: Zamani Di Tangga Paling Corot Dengan 0 Markah, Hetty Sarlene Kedua Terendah Diikuti…

Share

Minggu kelima Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi yang mengejutkan.

Itulah persepsi ramai apabila konsert melabuhkan tirainya malam tadi apabila buat pertama kali, ada peserta yang tidak mengumpul apa-apa markah apabila tidak membuat sebarang persembahan, meski sudah pun berada di atas pentas.

Zamani hampir tersingkir apabila dirinya gagal meraih markah kerana tidak berjaya membuat persembahan menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal kumpulan Flybaits.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu berjaya diselamatkan penaja GV5, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi imuniti.

Bertemakan ‘Lama Tak Dengar’, sembilan peserta masih bertahan dan bakal meneruskan saingan pada konsert minggu hadapan.

Berikut merupakan markah para peserta bertanding dari kedudukan teratas.

Dia Fadila 77.2% (Menghitung Hari) 

Maya Ruslee 70.8% (Sekadar Di Pinggiran) 
 
Noryn Aziz 64.7% (One Night Only)

Forteen 63.9% (Hatiku Luka Lagi)

Amelina 60.5% (Pelangi Petang) 

Billy Zulkarnain 56.5% (Antara Anyer Dan Jakarta)

Farawahida 56% (Kau Mengubah Segalanya)

Hetty Sarlene 51.5% (Mawar Putih Untuk Mama)

Zamani 0% (Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta)

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Foto: Instagram Astro Gempak

IKLAN